Tuesday, April 26, 2011

KELAMBU


Kelambu merupakan peralatan tidur yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kelambu merupakan kain kasa (kain berlubang halus-halus) yang dipasang menyelubungi tempat tidur. Ia digunakan bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk. Terdapat beberapa jenis bentuk kelambu, iaitu bulat, tiga segi dan segi empat. Kelambu segi empat dipasang pada katil yang mana ia akan diluruh pada waktu malam dan akan dikuak pada waktu siang. Terdapat juga kelambu segi empat yang hanya digantung pada empat penjuru paku yang dilekatkan pada dinding rumah dengan menggunakan tali. Apabila hari siang kelambu ini akan ditanggal daripada ikatan dan dilipat supaya tempat tidur kelihatan lebih kemas. Kelambu jenis ini kini telah siap dijahit dan boleh diperolehi daripada kedai-kedai menjual pakaian.

Bagi golongan bangsawan, kelambu yang digunakan terdiri daripada kain kasa yang berwarna warni dan mempunyai corak yang lebih menarik. Rekaan kelambu pula berbagai jenis dengan ropol, sulaman dan hiasan yang menarik. Terdapat juga hiasan pada tepi atau sisi kelambu terutama pada bahagian atas kelambu dihiasi dengan motif hasil seni tangan seperti kaitan menggunakan satu jarum. Kelambu golongan ini sentiasa kemas dikenakan pada katil besi dan kayu dengan pelbagai rekaan yang menarik. Kelambu jenis ini biasanya dijahit sendiri atau oleh tukang jahit dengan rekabentuk dengan jenis ropol dan hiasan mengikut citarasa sendiri atau mengikut kreativiti tukang jahit.

Masyarakat desa akan menyediakan kelambu daripada kain kasa yang berwarna-warni dengan corak dan hiasan seperti ropol, renda dan bunga-bungaan bagi kelambu pengantin. Kelambu ini akan dikenakan pada katil besi atau kayu yang lebih mudah rekaannya. Peredaran masa dan zaman telah mengubah konsep kelambu yang terdahulu kepada ciptaan dan rekaan baru dan tidak lagi memerlukan tiang katil untuk memasangnya. Ia boleh digantung melalui bingkai khas yang disediakan samada bentuk bulat atau segi empat. Bingkai ini disediakan dengan railing di mana kain kelambu boleh dipasang atau disangkut kepada cincin yang membolehkan ia digerakkan ke arah yang dikehendaki di sekeliling bingkai.

~korang pernah tak merasa menggunakan kelambu ni..mommy pernah kecik2 dulu, tapi sekarang tak lagi ..lau guna mesti lemas semacam jer kan~heee.Tapi pemandangan berkelambu ni masih lagi terdapat di kg2 yang di gunakan oleh orang tua2...dan di bilik2 pengantin,,,di situ terdapat kelambu cantik~ almaklum laaaa~ kelambu raja..walau pun sekadar sehari..hiasan harus la meletoppppp~


16 comments:

DKosongLapan said...

Uuuuiiiiii mamilabender buat tajok kelambu.....
Awok kalo balik kg mem awok mmg tido pakei kelambu....
Sbbnye tido kat depan umah.....
Deme pakei ubat nyamnuk pun ....
.awok ttp gune kelambu

syairahmohdanuar said...

sy x suka pakai kelambu.panass!!!!

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

kecik² dulu salu tido pakai kelambu..pehtu tutup ngn kain batik biar gelap..pehtu berangan..kiki

AYuNG said...

hehe..umah ayung still menggunakan kelambu utk tdo...kalau idak, nyamuk akan buat pesta gigit2..hehe:D

Erna said...

mommylavender..akak pun tak tahan dok lam kelambu..lemas..

ct N honey said...

saya ddk dibandar semua anak tidur guna kelambu,tak suka guna ubat nyamuk..kalau panas bukalah kipas...

Puan Kutu said...

nostalgia kelambu nie mommy..macam nk buat entri pasal kelambu jugak.hehe..

mommylavender said...

D08~ klasik ler kamu d8..teman idak le larat...

mommylavender said...

syairah~ mommy pun sama..hee

mommylavender said...

betty~ time kecik je suka kelambu...sekarang ni..lemas la pulak

mommylavender said...

ayung~ ayung leh geng dgn D08..klasik gitu...hee

mommylavender said...

erna~ sama la kite erna...

mommylavender said...

ct~ct guna kelambu lagi? wah ...tak sangka kat bandar ni pun masih guna lagi..kelambu moden kot

mommylavender said...

muni~ sila kan....hee

mommie yuyu said...

skrg musim panas..xmo guna kelambu..kalau honeymoon , ada aircond bagai, nak la berkelambu...hehe

mommylavender said...

jannah~tu la pasal....hangat n lemas jer bekelambu