Saturday, April 9, 2011

apa mahuku

                                             

apa sebenar mahuku
kaki memijak
hati melonjak
bukan lonjak ria
berhilai tawa
berperang.....
antara ya dan tidak
antara ikutan dan tuntutan

apa sebenar mahuku
mereka tersenyum...aku ketawa
mereka memandang...aku mengangguk kepala
mereka berkata ya...sedang aku diam sahaja

apa sebenar mahuku
menghadirkan jasad
tanpa roh
menghadirkan diri
tanpa hati
menghadirkan sopan
tanpa santun

mahuku
biar kita bergerak...
tanpa mencanang riak
biar kita berkata...
tanpa memaut mahu membisik janji
biar kita berpimpin tangan....
dengan ikhlas dilaman
bukan hanya melebar senyum hari ini....
untuk matlamat hari esok.

kemana-mana usah berhenti
sampai bila2 amalkan budi

apa sebenar mahuku????
mahuku...
orang ku pandang biar ikhlas hati
senyum di beri bukan takat hari ini
bila riak2 angin ....
baru kau ingin memancing!!!!!



4 comments:

azi nur said...

sukenye kate-kate mommy ni...penuh makne!

mrs Gee :) said...

hehehe.. suka btul la kat mommy nih pandai btul bermain bahasa.. kita add mommy kat kite pny must visit blog.. I'm your stalker.. :P

mommylavender said...

azi~bile mommy tak boleh menutur secara terus...mommy akan bt cam ni...hee

mommylavender said...

mrs gee~ tq sgt2 mrs gee