Sunday, August 16, 2015

Sembang Santai @ Sembang Merenk

     Tajuk macam pelik aje kan, tapi hakikatnya memang ujud. Sekumpulan warga suasa~ hahahah..bukan emas tau!!!! Emas tu macam udah tua beno, takmo2~ hihihi. Group kami ni memang 'giller2' ...boleh buat aku gelak terbahak2 kat umah...hanya kerana taipan huruf2, sahabat dalam tu memang unik~ kiranya diberi peluang menulis skrip maharaja lawak...~ In Sha Allah boleh juara ko!!!!..hihihi.

     Sepanjang aku berada dalam tu tiada sunyinya, ada je lawak2 , aku yg duduk kat rumah membilang jari jemari terasa tidak sunyi.Rasa berat nak keluar kemana2, gitu la hebatnya group merenk tu~ huhuhu. Lagi meriah bila malam..sahabat yg bekerja udah tak sibuk jadi sahabat yg merapu makin ramai, time bekerja pun deme 'mengulaw' ~ hahaha sape la kan yg rajin mengulaw tu..cepat2 angkat tangan.

     Kebiasaannya sembang kami tak mengumpat sape2 pun, kami merapu ..sembang merenk2, imbau zaman sekolah dulu~ happy sangat, kalo buat peragai giller2 dalam group ke luar mau terkejut kome2~ silap haribulan tercekik kalo kome tengah nelan ~ hahaha. Siapa sangka umur kami ni~ warga suasa boleh riang ria seperti kanak2 rebina~ terduga dek akal tak????aje kan tidak kan. Itulah kami membuang tension dengan cara sebegitu.Dapat gelak2, boleh buat ayat lawak2..membahan sahabat lain dan terkadang sendiri kena bahan~hahahaha...suka2!!!! Kami tak kenal erti sentap...merajuk ke hape istilah jauh hati atau jauh jantung, kami dalam tu memang 'sekepela' walau ada yg kat ipoh, kuala lumpur, hutan melintang, sabak bernam, klang dan petaling jaya, walau jarang sekali bertemu bertentang mata keakraban di situ membuatkan talian persahabatan kita terjalin indah.

     Dalam group sudah kepochi, bayangkan sesekali bertemu memang riuh rendah. Bila lama tidak bertemu~ alahai rindu rasa di hati..huhuhu.

     Lagi2 bila tiba malam tertentu, paling tak boleh lupa kain pelekat TOK akan betabur dulu...kalo tak kain TOK mesti kain AJIS , siaplah sape tak muncul malam tu akan kena bahan~ hahahah..biasanya geng pompuan ni malu2 tucen dok nyampuk sikit2 je~ hihi. Satu hari group senyap..akan ada je sahabat yg memancing..letak gambar mata skodeng, letak apa2 je.sat2 je bersembang....siap merenk2..merepek , merapu~ suka nyaaaaaaa.

     Saja suka2 nak tulis kta sini~ blog lapuk je pun, tak siapa yang nak datang baca, sekurang2nya dapat aku jadikan kenangan~ tak gitu. Baik angguk cepat~ hahahaha...main paksa2 lak kan.                    

     Walau siapapun aku kini~ aku tetap sahabat kalian, aku tak pernaah terdetik memutuskan apa yg terjalin, terjalin indah sebuah ikatan, biarpun di duga yang tak pernah aku sangka biarlah saja aku yg rasa setelah peritnya aku menelan. Kalian sahabat sejati dalam gelak kalian bersama saat aku di uji kalian kekal sehati~ terima kasih sahabat, ingati aku,  berikan kekuatan bilamana aku tersungkur, bilamana seluruh mukaku bersalut lopak kalian sudi bersihkan, dengan penuh kasih sayang.~ uhuk2.          

     Sekianlah sudah rentetan dari hati..kerinduan dari jari yg tidak dapat berjoget sakan di sembang merenk, kini jari2 berehat....joget inang pun jarang apatah lagi tarian rock~  kadang2 je berjoget di sini...hahaha..biasanya kat sini tarian lemah gelamai je~ gelak idak senyum kambing pun kadang2.

     Jumpa lagi ye blog lapuk, tuan ko ni kalo boring2 memang kemari, kalo dia tengah bersuka ria idak di pandang nya ko~ bertabahlah wahai #blogku.

Thursday, August 13, 2015

Antara Koleksi Puisi ~ tarian pena(aku la tu :))

   


     

     

     

     

     

     

Terus Menyusur

     Selepas mengisi perut dengan apa yang patut~ janji kenyang dan menghilangkan sahaga ckup, walau sesuap nasi dan air suam~ Alhamdulillah. Hamboiiiii rajin bebeno ko rahmah binti ibrahim lepas hantar kereta ko bertungkus lumus lak kat dapur ye, besilat dengan periuk belanga~ kehkehkeh. Eh2 aku tak habaq pun aku masak hokeyyyyy, aku cakap aku dah siap makan tngahari~ makan di kedai aje la ...cheq oiiii.

     Aku ni bukanlah seorang isteri yang rajin, maksudnya terlampau rajin~ ajeee kan tidak, masak pun dalam seminggu tujuh hari kadang2 tujuh2 hari tu celus~ haaaaa cuba pikiaq celah mana aku ni rajin. Sebenarnya tidaklah sampai begitu tulang temulang aku ni berat bebeno, ngalahkan bertulangkan besi kongkrit kan~ hihihi. Masak la tapi tengahari memang 7 hari tu tak masak , hari biasa isnin hingga jumaat..cuma aku sensorang je kat rumah, membazir kalo aku masak2 kan. Sebagai isteri pandai berjimat2 di samping kemalasan yg tegar, aku ambik anak sekolah kemudian bawak sekali dia menjamu selera~ nengok2 pandai idak aku....hahaahaha...sape lagi nak puji kan nak tunggu hencik suami puji? Kempuanan nak dapat kalo bab2 memasak ni kan, kalo bab lain hencik suami memang rajin memuji~ kan abg kan..hihi.

     Sabtu dan ahad pulak tengahari pun jarang2 gak masak beli aje sbb kat rumah tu bukan ramai sangat. Jadi kesimpulannya bab masak memasak ni kerajinan akan mendadak naik bila balik kampung..sebab ramai yang nak makan~ gitulah tahap kerajinan aku, namun malas2 pun peyot hencik suami ke depan gak, badan aku? Lagi la ..macam aku kata kecil sikit dari tong drum~ ce kome pejamkan mata bayangkan tong drum..cantik ke tidokkkkkkk? Haru kan....hahaha

     Sekarang ni tunggu anak balik dari sekolah, anak bongsu aku ni keluar sekolah pukul 2 pm tapi olehkerana aku ni ibu yang berdisplin dan berdidikasi maka seawal 12.30pm aku dah tercongok depan sekolah ni. Lambat2 nanti aku cemuih nak beratur belakang bas~ lebih baik awal2 dok lepak2 dlm kereta sambil bercerita dlam ni~ bercerita sensorang pun ok apa....haah??? Korang kata aku mereng..hahaha sikit2 ye kot~ hampeh!!!!

   
Lepak2 depan sekolah anak




Menyelusur di pagi khamis

    Kalau tajuk tak mengalah~ susur menyelusur , senang bebeno bunyinyakan. Ibarat licin sangat perjalanan hidup hari ini. Apapun Alhamdulillah walau tidak selicin tapi adat sebuah kehidupan rintang dan ranjau bongol dan lopak mematangkan seseorang~ ewahhhhhhh sungguh terharu ayat ko rahmah binti ibrahim oiiii..hihi.

   

     

   

     Kalau tiba rajinnya tak dan 5 minit udah ada entry baru kan kan~ kehkeh. Nanti tiba meroyan malas update bertahun2 tebongkang blog ni idak di hapekkan dek tuan nya~ nasib la ko blog oiiii.

    Sudah nak siap che jah kita tu..jumpa lagi ye.

Inilah susur kehidupan~khamis

     Selamat pagi khamis, pagi yang indah. Hendak di katakan apalagi hakikatnya memang indah walau dalam keindahan yang sunyi dan senyap. Jemari yang selalu kecoh ke sana ke mari, menari konon2 rock terkadang inang zapin pun belasah~ hihihi, kini diam cuma melangkah setapak2 tanpa langkah yg ligat. Kasihan jemariku bakal bam2 cam tuan ko~ huwaaaaa.

     Tidak tahu mengapa aku block semua sahabat aku di aplikasi whatssap, tapi seperti yang aku katakan di entri semalam aku adalah aku...bukan niat aku untuk membuang kalian dari diari hidup aku, tidak sesekali. Cuma aku mahu diam..dalam erti kata sebenar, diam dari sebarang cerita tentang kes aku. Kiranya aku masih mendengar dan berbalas pm ..pasti aku akan MELETOP...bukan bagai bom mungkin lebih dari itu. Pastinya nanti akan memburukan keadaan~ tak gitu? Aku akan unblock semua setelah masalah ini selesai.

     Tipu la kalo kata aku tak rindu GROUP SEMBANG SANTAI ~ rindu gegiler tau dak. Kadang2 duduk sensorang boleh nangis tak dapat nak 'mengiler' dalam tu~ hukhukhuk. Duduk dalam tu memang boleh ilang stress, sudah rupa orang mereng~ gelak sensorang..bukan lagi senyum2 kambing bah kan pecah gelak tau dak~ hahahahaha!!!! Kerana gelagat sekepala kita, nak2 nya malam ni mesti kain tok berterabur dulu ajis lak awal2 dah ilang....pic jangan dikira la memang giler2, tapi kami tak pernah bersembang lucah setakat malam jumaat tiada istilah lucah pd umur kami. Dan kami juga tak pernah nak menyembang pasal orang~ mengumpat la konon memang idak. Apa yang kami sembang adalah sembang mereng, mengimbau giler2 zaman sekolah..itu je~ salah ke? Ke yang lain dengki. Adoiiii hai tolonglah ubat hati yang di penuhi ulat2 tu~ busuk kot. Setakat busuk pada hidung ko sorang tak pe ni dah menyodok2 busuknya kat lubang idung aku~ rimas dan menyampah pulak.

    Sambil2 tunggu chek jah kena periksa maka terhurailah entri ini~hihi. Entri yang entah mana baiknya yang pasti aku menulis kan kan~ korang hado..hihihi.
 
     Oklah setakat ini sahaja...nnti bila keboringan datang menendang2 aku memang aku akan singah kat sini lagi~ sakit tau kena sepak terajang dengan rindu dan boring~ huwaaaaaa.

Wednesday, August 12, 2015

ANTARA PENING BINGUNG DAN BENGANG

Bercelaru berbelit dan berputar
Mata berpinar-pinar
Pandangan jadi berbalam
Tusukan nafas makin berat
Peritnya tak tahu di mana
Di dadakah
Di kepalakah

Siapa punca angkara
Dimana bermula cerita
Akukah yg punca
Terlalu berikhlas dalam berkata
Terlampau lurus dalam seloka
Huhahuha tak tentu kira
Tak sedar ada mata mejeling 
Ada hati berdetik
Nah!!!!!timbul cerita
Aku jadi bingung

Kala aku berlurus langkah
Langkah hati seiring kaki
Muncul cerita yg membabi
Menyondol tak tentu hal
Ahhhhhhh!!!!!!!
Bengang!!!!!!!
Kalo aku tidak maka aku tidak
Usah di canang 
Jangan di terajang nama aku sewenang
Pantang aku harga diri di timang2
Kesudah kau lontar ke longkang.

Pening bingung bengang aku dengan semua
Kala bahasa tidak teratur sopan
Usah kau marah
Kerana kau yg undang
Aku menurut perintah hati berdarah.

IniLah Kehidupan Di Alaf Baru~ fitnah dan sengketa bertalu-talu

     Bukan rungutan tidak juga penyesalan terhadap pertemuan ketentuan TUHAN..ALHAMDULILLAH, syukur sangat2.Inilah yang di namakan dugaan. Sememangnya aku tidak mampu menadah semuanya dengan senyum tawa seperti tiada apa2...bukan aku orangnya.Aku manusia yg didalamnya berisi ego tersedia degil bila harga diri aku di perlelongkan, nama aku de sepak terajang sesuka hati. Aku marah...normallah kan. Aku bukan kamu...dan kamu bukan aku, aku adalah aku punya cara untuk melampias rasa marah.

    Bila semua ini aku terima dari seorang sahabat, fitnah yang dilempar pada aku. Awalnya aku tidak menyangka kerana selama ikatan persahabatan terjalin aku berikhlas hati bertemu, menolong apa saja namun keikhlasan hati aku telah di intai oleh mata dan hati yang tidak senang melihat semua itu, maka terhidanglah di depan aku SKANDAL DENGAN SUAMI ORANG...BUKAN SEORANG TAPI DUA ORANG SEKALI GUS. Dalam hati gelak juga....aku ni bukan lawa pun badan kecil sikit dari tong dram, muka pun tidak manis...kelat2 aje. Hendak di katakan seksi jauh panggang dari api...pakai baju pun 'gedobos2' aje..ateee celah manalah korang boleh nak fitnah aku sebegitu rupa. Pelikkan. Sebab utama pada aku mungkin si penyebar cerita si penerajang nama aku tu mempunyai sakit hati yg kronik terhadap aku, tah apa yg di pedengkikannya pun..WALLAHHUALAM.

     Aku tidak menghukum semua sahabat atas salah dua tiga orang sahabat yang lain, seperti yang aku katakan tadi...aku adalah aku, jadi segala apa yang aku buat membuatkan hati aku puas. Tika aku diam..tunduk sipu2 malu korang sesedap jari mempermainkan maruah aku, bilamana aku dah mengamuk kenapa suruh aku STOP. Masa sebar fitnah tak reti dan tak kenal pulak perkataan STOP!!!! Memang dasar hati berulat kan. Buat masa ini biarlah aku BLOCK semua sahabat dari semuanya, biar aku duduk diam2 tanpa gangguan. Buat orang yang menyebabkan fitnah ini....jumpa aku untuk mintak maaf kiranya tidak KO bawak la dosa2 ko tu ke lubang kubur. Sebelum ini bahasa aku cukup ayu penuh sopan ibarat anak dara jalan tunduk ..tapi bilaa KO cuit2 geletek2 maruah aku , memang KO saja menempah BAHASA MAUT dari aku. Jangan sesekali salahkan aku sebab KO yg tempah aku hanya memenuhi permintaan. Baikkan aku.haahaha.

    Oklah setakat ini luahan jantung hempedu dari aku, senang2 nnti aku menulis lagi.