Thursday, April 28, 2011

susur mommy 2


Nak buat cerita idustan sat....ngeh2~, nikah gantung dah, ni mommy nak story mory cam mane mommy jumpa en somi.Mommy jumpa kat KL ler...pusat jodoh orang kate, mommy ni tak pernah duduk dgn kenkawan..mommy duduk dgn anggun dan taatnya brsama abang..tu syarat yang wajib ikut, sekiranya mommy nak pi bekeja kat pinggiran KL.

First time date...heee~ siap buat baik kat akk ipo, tapi mmg baik pun...tolong masak tiap hari, tapi ari tu lebih sikit...senang ti akk nak rekemen kat abang mommy tu.Siap bodek..pepagi dah siap...siap pakai baju kurung~ hahaha..malu nak ingat.Bile abang duk bedehemmmm~

" abang...orang nak p kenduri kat umah kawan jap, dah cakap kat akk malam tadi"

nmpak jer abang senyum..bermakna....boleh la tu.Mommy nipu sunat taw...selagi tak sah si mamat tu nak masuk minang..mommy tak kan nak berterus terang dengan abang mommy.Malu ko!!!! kenal2 ..tetibe jodoh tak der.Ehhh~ lupa nak habaq...mommy date memula kat kelang jer..naik bas lagi~uwaaaaa...sweetnya time tu.

Bila sayang dah kukuh...cinta terpahat indah, tak kira...en somi datang umah abang sendiri
meyampai hajat di hati...

Setiap yang manis mesti ade yang pahit payau kelat masam kan..adat ler tu, mommy tak kesah pun.Sebenarnya mommy bukanlah menantu pilihan family en somi.Adik beradik en somi yang lain semua nya berkahwin dengan orang sekampung..n pilihan emak bapa.Sedangkan en somi yang merupakan anak bongsu memilih sendiri calon isteri.Ce bayang kan....~heee. usah la bayangkan cam pilem ibu mertua ku tu...dah sat gitu.

En somi pesan...buat la sebaik mungkin n senyum semanis yang boleh...sekadar 3 hari kite balik kg~ mommy ikut, alhamdulillah akhirnya mommy jugak jadi kesayangan mertua.Biasa la orang tua..bila balik kg pakai seluar...naik moto kan, tak kan nak pakai baju kurung...ti peluk tak erat...cicir mommy ti~keh2

" tu kat atas ada kain batik mak.. pi pakai"

punggung ni kebas pun tak ilang lagi naik moto dari KL...udah kena sound, mommy pandang en somi....muke time tu dah kelat.Dengan muke tak ikhlas pi la tukar kain batik........time muda remaja kan, anak pun tak ade lagi...

Yang paling tak tahan pesen ensomi ni..lau nak balik ..wajib singgah semua mak sedara.Mula2 kawen dulu.. nangis mommy tau..ati ni punya la rindu kat emak ayah kita..lepas satu rumah ke satu umah...air teh dah bercawan, balik tak gak~uwaaaaaaa.

susur mommy 1


Assalamualaikum...cik tipah ade tak,oOOO..pi kedai~ tak pe....cik senah((((~ assalamualaikum...Ermmmm, tak de jugak la ni~heeee..nmpaknya semua tak der...mommy jer suke merayap ni.Merayap kat blog je tau...realitinya, mommy tak gemo merayap umah jiran...kecuali lah lau ade majlis kenduri..seharusnya menghadirkan diri serta perut~heee.

Rasanya dah lame kite kenal~ mesra, rapat..erat sepakat, meski diblog..kemesraan itu terjalin di jiwa paling dalam...sayup menyusup, dalam rindu yang tak berpenghujung.Mai sini...mommy kenalkan sisi diri mommy......wajah tu, tak perlu dah kot...tu wajah2 comot mommy senantiasa menemani.
Pertama-tama mommy ni sah2 la udah tawen~hee..n sanding2 nan en somi


tuuu kat ateh~sah dah jadi isteri..senyum lebo bile udah naik pangkat.Sesetengah orang sedih meninggalkan zaman dara..mommy ni punya gatey, idaknya nak leleh2..~keh2.ape ke idaknya jejaka idaman hati udah sah mommy yang punya~yahoooooo..melompat gumbira,time tu dalam ati jer, tu pun senyum2 kena marah dgn emak.Mommy sebenarnya nikah gantung 2 mggu, nikah kat umah abang yang sulung...dah abang mommy tu berhajat nak bt kan~ turutkan aje la.Taw tak ape ke bendanya `nikah gantung` tu...nikah je..sanding ngan ehem2 blum lagi..yang tau sila senyum jgn kate ape2~hee...yang tak tau, pi kat kaunter pertanyaan pak cik google sedia mmbantu, tu yang berumur 18tun keatas..bebudak duk diyam2 n tutup telinga na~~~~.

Tok kadi udah angguk..saksi pun kate ye. ngeeee~ senyum gatey udah mai....cik abang somi pun udah gesel2 cam kucen sejuk~hahahah...hape ke lagi,.............

keje malam pun kautem dgn doktor pabret..monteng kau~ yang tergantung hanya adat,bile agama sudah sah..nak lari kebarat..somi mengejar sudah, mommy tak larat nehi...nehi baby, lari ke timur...mommy pura2 tak mau~~~~ngummmmmmm.Abang mommy tak tau..kalu tau...dera telinga ni kena leter..bepinau, pepagi tu balik wat muka toya letih plus ngantuk~~~bummmm membungkam tidoq.

Seronok lak menyelongkar memori daun pisang ni....

key..kite jumpe lain entry..dgn susur mommy 2~ macam mana penerimaan mentua terhadap mommy ~ sebagai bukan menantu pilihan~

"biar pun susur ku berduri ...akan ku kenang sehingga aku mmpu tegak berdiri"

First Time

Kate melayunya....pertama kali, saje mommy nak jadi orang puteh sat, walau hakikatnya mommy ni itam~heee... tu yang tak pandai2 ber`orang puteh`.
Berbalik kat tajuk atas tu...bt pertama kali...rezki mommy berkontesz kedarat kebaruh,,kehulu kehilir..berpihak kat mommy.Suker???? ishhhh hape lak tanya soklan gitu..mmg le suke ..menangkan, dapat adiah, lau tanya budak yang baru nerap mesti senyum2 comey tanpa gigi....bile kite hulur sesuatu.Mommy pun gitu ler suke bebeno ati neh..kembang kincup idung..senyum pun dah sampai telinger~haaa.Ce bayangkan mommy senyum pai telinger...udah cam makhluk planet marikh lak kan.Mommy ni lau bt entry gedik..meraban byk jer idea~hahaha.
Dah2...ari tu mimie kasi tau kat cbox mommy menang kategori lawak...tq mimie, mommy nunggu adiah ni~keh2..gurau jer...mommy tau mimie bz.
mimie azam salam mommy...mimie nk gtau yg mommy da mng contest mimie tp mimie xleh nk wt entry lg..tahniah yer...sory lmbt ckit...huhu..bz sgt2...-kategori lawak
2011-04-23 9:10 PM
#

harap2 lepas ni berduyun rezeki menang tersepuk kat riba mommy yang montoppppp ni......tak cukup riba, umah 9 tingkat mommy tadahkan~

Wednesday, April 27, 2011

RCW(rozita cik wan) `ikon` emak zaman sekarang


Rozita Che Wan oh Rozita Che Wan!




Artis jelita yang meletup-letup di persada hiburan, Ms. Rozita Che Wan kita ni nampaknya marah sungguh dengan MRSM Kuantan. Tiba-tiba aja nama MRSM Kuantan melonjak ke nombor 1 carta Sekolah Paling Ganas di Malaysia. Bermula dengan luahan perasaan kat dalam Pancaindera sehinggalah merebak-rebak ke blog-blog serata ruang maya, cerita anak Cik Rozita yang manis lemak berkrim ni, meletup-letup diperkatakan. Radio Era dan Hot FM pun tolong jugak quote cerita ini untuk mengisi slot pagi masing-masing. Maklumlah lebih hangat dari biasa katakan.... Tak ramai anak artis masuk MRSM kannn.... Habis tu kalau time ni tak diwar-warkan nanti orang tak tau lah plak anak kita pun pandai gak macam anak org.

Berikut ialah cerita versi Cik Rozita yang telah diquote oleh sebuah portal hiburan di internet:

Kita baca dulu apa Cik Rozita nak kata yer...



Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan. Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.


Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.



“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.


“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.


“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.

“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.


“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.


FAKTA TERPESONG

Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam. Tuan punya cerita jer yang tahu. So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan.

Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,

Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.

Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.

Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya. "It takes the whole village to raise a child".

Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.

Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi ":mangsa buli" sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....

sumber~http://mrsm-kuantan.blogspot.com/2011/04/rozita-che-wan-oh-rozita-che-wan.html#comment-form

Tuesday, April 26, 2011

KELAMBU


Kelambu merupakan peralatan tidur yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kelambu merupakan kain kasa (kain berlubang halus-halus) yang dipasang menyelubungi tempat tidur. Ia digunakan bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk. Terdapat beberapa jenis bentuk kelambu, iaitu bulat, tiga segi dan segi empat. Kelambu segi empat dipasang pada katil yang mana ia akan diluruh pada waktu malam dan akan dikuak pada waktu siang. Terdapat juga kelambu segi empat yang hanya digantung pada empat penjuru paku yang dilekatkan pada dinding rumah dengan menggunakan tali. Apabila hari siang kelambu ini akan ditanggal daripada ikatan dan dilipat supaya tempat tidur kelihatan lebih kemas. Kelambu jenis ini kini telah siap dijahit dan boleh diperolehi daripada kedai-kedai menjual pakaian.

Bagi golongan bangsawan, kelambu yang digunakan terdiri daripada kain kasa yang berwarna warni dan mempunyai corak yang lebih menarik. Rekaan kelambu pula berbagai jenis dengan ropol, sulaman dan hiasan yang menarik. Terdapat juga hiasan pada tepi atau sisi kelambu terutama pada bahagian atas kelambu dihiasi dengan motif hasil seni tangan seperti kaitan menggunakan satu jarum. Kelambu golongan ini sentiasa kemas dikenakan pada katil besi dan kayu dengan pelbagai rekaan yang menarik. Kelambu jenis ini biasanya dijahit sendiri atau oleh tukang jahit dengan rekabentuk dengan jenis ropol dan hiasan mengikut citarasa sendiri atau mengikut kreativiti tukang jahit.

Masyarakat desa akan menyediakan kelambu daripada kain kasa yang berwarna-warni dengan corak dan hiasan seperti ropol, renda dan bunga-bungaan bagi kelambu pengantin. Kelambu ini akan dikenakan pada katil besi atau kayu yang lebih mudah rekaannya. Peredaran masa dan zaman telah mengubah konsep kelambu yang terdahulu kepada ciptaan dan rekaan baru dan tidak lagi memerlukan tiang katil untuk memasangnya. Ia boleh digantung melalui bingkai khas yang disediakan samada bentuk bulat atau segi empat. Bingkai ini disediakan dengan railing di mana kain kelambu boleh dipasang atau disangkut kepada cincin yang membolehkan ia digerakkan ke arah yang dikehendaki di sekeliling bingkai.

~korang pernah tak merasa menggunakan kelambu ni..mommy pernah kecik2 dulu, tapi sekarang tak lagi ..lau guna mesti lemas semacam jer kan~heee.Tapi pemandangan berkelambu ni masih lagi terdapat di kg2 yang di gunakan oleh orang tua2...dan di bilik2 pengantin,,,di situ terdapat kelambu cantik~ almaklum laaaa~ kelambu raja..walau pun sekadar sehari..hiasan harus la meletoppppp~


Monday, April 25, 2011

Macam-macam ada



rambut sebelum kena potong

Salam menyalam kite meyh......pe kabo yong, yoeb...kakngah~heee, cam pegi umah kenduri lak ye.Alahai kat mane pun kite, kena praktis kan tu semua..walau sekadar sebaris ayat..tapi otak kite cepat mengaplikasikan ape yang tertulis..tak gitu????...heee.
Sabtu n ahad tak bersentuh pun entry ni...cume jalan2 lenggang kangkung jer kat entry kenkawan..jari jemari nan mulus ni di serang sakit sendi~ngehhhhhh...sendi malas nak menaip.2 hari ni kepala mommy pun serabut jer....peragai adik, peel mommy...sekali cakap...2 kali warning, tak masuk gak lam kepala..mula la angin naik kat kepala.Patut la si adik ni asal masuk bilik jer...tutup pintu, rupenya bt operasi kat rambut die...abeh gonjeng rambut depan tu~ mmg rambut depan tu dah panjang... plan mommy nak panjangkan rambut die~ tu yg tamau potong.Alih2 petang semalam ...dah kontot.Mungkin anak2 orang lain pun bt benda yang sama...tapi mak orang lain bukan cam mommy...mommy tak suke anak memandai2 ..buat sorok2 dan menipu adlah satu kepantangan bagi mommy...lau mommy dapat tau, mulut yang menipu tu akan mommy cili~muktamad!!!!! keempat2 anak mommy mmg pernah merasa kena cili.....mommy mmg tegas mengajar anak berbanding dengan en somi.Insyaallah anak2 mommy buat masa sekarang..dah besar2 ni ok2 sadja~heee.Pada mommy bergurau boleh dengan anak..no hal~ boleh bertepuk tampar, tapi jgn sesekali ambil kesempatan atas sikap `ramah mesra` ibu bapa kita.....usah melangkau garis dan sempadan undang2 seorang anak.....kerana setiap family ade undang2 keluarga sendiri..dan ade hukuman sendiri yang menanti.
mommy tak la pandai mendidik anak...ni sekadar susur idup mommy,sekian...jumpe lagi....heee~ sonyumm2.....alahai manis sekali.

Friday, April 22, 2011

Nasi Lemak

Berpetang kite weyyyyyy..petang jumaat, sok dah sabtu...tapi sekolah ganti untuk sekolah SJS...tak tau lak mommy sekolah lain kan.
Petang2 cam gini kita tak makan nasi lemak kan...bese lau kat kg, ujan2 cam gini makn ubi rebus ker..lemping cicah kari~fuhhhhyoO mmg sedap.
Ape hal lak mommy ni seret ke tajuk nasi lomak dah....hee~ ye lah sejak 2 menjak nasi lemak memegang carta top ten tajuk ...pengurangan nasi lemak di sekolah kerana obes di kalangan murid..yang akan mendatangkan kelembapan berfikir~haaaa tu kate orang beso2 kementerian.
Semua sedia maklum..nasi lemak merupakan makanan tradisi orang malaysia...sejak dulu....duluuuuuu lagi.Mommy rasa tak payah la nak sekat makanan tu..bebudak bukan nak makan hari2 pun nasi lemak....die orang pun ade cite rasa..ade selera.Kenapa tak sekat je makanan lain..cam burger, sosej, nuget dan bermacam2 lagi makanan ringan.
Ape yang lagi pelik.....sekarang ni masalah disiplin murid yang melampau, tumbuk guru...bergaduh sesama murid..tu yang kita nmpak kat paper, masalah terpencil kita tak tau lagi.APAKAH SEMUA MASALAH DISPLIN TU BELAKU KERANA MAKAN NASI LEMAK?????kenapa masalah disiplin tu tak di tangani dengan serius...bila timbul kes baru kelam kabut...bila senyap, maka diam lah semua pihak.
Nasi lemak yang dah jadi daya tarikan kepada pelancung..tu yang nak di pertikaikan.Adakah ANDA mampu makan nasi lemak setiap hari?Habis2 pun..dalam seminggu 2 kali jer.Sedangkan dulu...mak2 kita membekalkan kita setiap dengan nasi lemak, kita tak obses....kita tak pandai melawan guru2...kita tak bijak menengking ibubapa..kite segan dengan masyarakat sekeliling bila melakukan kesalahan.
Fikir2kan lah cara terbaik....mmbuat tindakan, tutp yang sana, buka di situ, siapa yang kenyang?????

Wednesday, April 20, 2011

Benar

melihat jam dihari
mata yang terpejam hati mencari
kemana esok mau melangkah lagi
mencari menggali.....
sesuap rezeki
untuk anak2 serta isteri.


melihat jam dinihari
melihat anak2 lena bermimpi
sedang isteri menanak nasi untuk bekal aku nanti
bukan yang enak jadi santapan
bukan yang lazat jadi hidangan


biar lelah
membelah dada
biar tersungkur
bangun, aku tetap akur
mencari rezeki yang bukan kabur
mnyuap waris dengan tangan yang kendur
tidak menadah berkata taqbur



wahai suami....
suapi aku dengan keringat jernihmu
suapi aku dengan hela nafas murnimu
gengam jemariku ke syurgaNYA.


wahai ayah.....
suapi kami dengan keringat jernihmu
suapi kami dengan hela nafas murnimu
gengam jemari kami ke syurgaNYA .....


ALHAMDULILLAH.....kami kenyang dengan suapanmu
biar bukan ayam golek di meja berputar
tapi kenyang kami benar....
dari rezeki yang benar...
semuanya benar-benar belaka.

Sunday, April 17, 2011

Kehepian Berganda~

           Kome nengok mommy ni~ suka suki jer  merosakkan bahasa.... mesti pak samad said murka.Aik!!!! mommy saje je...bukan mommy nak anto teks ni kat pertandingan memana...pada anak2 kecik sekolah rendah maupun menenggah...cikgu2, maafkan mommy..kerana bahasa mommy yang tak bape nak baku...mahap ek ek ek?????.
           Kehepian melanda berganda menyerang dada~huuuu...hati ler, ati mommy berbunga2 riang..menyanyi girang~lalalalalala.....ni semua kerana anakanda kay_are melukis gambo mommy....cute jer mommy kena lukis gitu...hahahaha~ ombak perasan menyerang mommy...tahap tinggi KLCC ko!!!!.Jangan la jeling mommy gitu...uhuk2~ mommy tau la mommy bukan cantik, bukan remaja lagi....tapi tak slah kan kan ..memuji diri sendiri, tanda menghargai diri tau...tak kan nak harapkan pujian orang.TQ KR.
                                   
                                                            

Saturday, April 16, 2011

Penyamun Tarbuzsh~

          Petang yang mendung ya amat...sejuk je, ase nak begulung lam selimut, yg leh nmpak kepala je...huuuu mesti siyork kan kan~hee.Tapi sape lah aku ni....hanya seorang ibu yang kebizian, tak dan nak tarik selimut..udah anak2 mendapat kebebasan...ape hal suruh anak baca buku tapi ibunya dok lena di permimpian~alamat ler!!!!!..
         Tajuk tu, ce tengukkkk~ bebulu beruk betui si pncuri..pantang tenguk, nak je mengebas...sekali kena libas baru tau.Kesian en.somi...semalam baru jer sambut  hari lahir, tup2 hari ni ilang motor...bermuka kelat balik dengan komuter.Nak gelak pun ade gak..orang lain befday dapat adiah, yg en somi ilang barang yg berharga.Walaupun tu moto syarikat....tapi sayang gak la.Tak ler berani nak senyum depan2..nak kena smash buat la~ohhhh! tidak..hee.
ni la jenis motor nya...pic ehsan atuk google
                                    

Giveaway Ujang9897

jenguk sini kalau berminat nak join
 

~ musim berkontezz di teruskan lagi ..huhu~ kali di tag dengan tegas lagi cun oleh puan kutu@muni..haippppp!!!! menurut perintah puan~heee..udah cam askar pencen lak mommy ni.

~ sonang yo nak join..syarat tak banyak hadiah lak lumayan..mai la beramai2 join meriahkan GA ujang neh...tenguk pembuka kata si ujang neh mmg kelako...tah sepupu sepapt ujang kartun kot...face udah iras2 kehemseman yg terserlah~heee..aippp..bukan ayat bodek,ngampu sikit jer.OK2 usah panjang story,,, join mai.

~pic tak wajib kan jadi..tak yah la letak~heee.


~ kena tag 2 orang ye...sape yang kena,,,jeng3!!!!!!
jannah@mommyyuyu
ayung                       

selamat ....selamat dah.

kek di taja oleh...Boss En somi~hee..tq DAtuk Manan Amir.
abaikan jer..kiri kanan pic tu..tenguk en somi tak nyempat nak potng kek~ cam bebudak kan.
kek hari jadi en somi
                                                    
  tu jer la...sebenarnya, tak plan nak sambut pun...sbb kek kat umah mommy tak bape nak jalan nak ronda2 lam tekak n perut...tapi olehkerana rezeki udah datang bergolek2..kek sponsor dari boss en somi...maka di potonglah kek tu...                                                    

Friday, April 15, 2011

BEEHA BEN : ETUDE HOUSE CONTEST

jenguk sini untuk join~
~ hee..musim contesz kembali melanda..kali ni mommy kena tag oleh mummy comey lagi da boOmM...mummydanny sape lagi~hee.

~kena letak pic la pulak..pic biasa ade la..pic siap dengan alat solek~hee...ni je la ye

                                                     
                                              
kepada sesiapa yang berminat..di alu2kan menjoinkan jari...sila2...secara tak langsung mommy tag tau.

“CONTEST TEKA UMUR SI COMEL“.

banner contest teka umur si comel
http://syaisya.com/2011/04/contest-teka-umur-sumayyah-oleh-syaisya-com.html
sesiapa nak join klix ler tex kat bawah pic tu...hehe~
                            ~mommy teka...emmmm~7bulan.
mommy tag:cikbetty,atiey@mummydanny dan nur

Kemas....

          Assalamualaikum.....selamat hari jumaat, hari mulia ketua segala hari.Hari ni malas nak leter panjang2~hee...mood nak `berpotpet` udah pi luaq negara...haaa~ jauh tu.Tunggu mood pulang kepangkal jalan dulu..tak mungin sesat , sekarang kan dah cangih...guna je gps~hee.
         Dalam 2 3 4...hari ni mungkin mommy kan mengemas kini..semua yang ade dalam blog buruk mommy ni..maafkan mommy jika mommy kebizian saat itu.. dan juga maafkan mommy jika sesutu yang hilang nanti mengecikkan hati kamu, kamu...n kamu.Mommy hanya manusia biasa....manusia kerdil dalam dunia blog, tapi manusia beso dlam realiti~ ye la bebadan beso..hehehe.
         Kamu...kamu ..kamu semua tetap di hati mommy....

Thursday, April 14, 2011

Buat Yang Tersayang(en somi)

                                  
sah?
sah....
sah....
sekeliling mengangguk sah
sebaik  melafaz kalimah....
simpang perenang setan yang kalah
aminnn...syukur alhamdulillah, anak adam bersatu sudah.

                                
tangan bersatu....kucupan bertalu
tidak di pinta emas permata
dijari tersarung...tanda isteri tercinta
si isteri mengalir si airmata
selamat tinggal si zaman dara


pada suami kau lah dihati
saat itu hingga kini
......sampai ajalku menjemput pergi
......cinta ini akan abadi.


terkadang jalan yang lurus sedikit goyang
gigi dan lidah seakan tempang
kau kuat bagaikan pahlawan
berpedang melawan
gagah perkasa mempertahan
bahtera kita...... meluncur aman.


muhd shazmel buahhati kita
nurshazreen puteri tercinta
muhd shazril pengaranghati keluarga
nurshazleen sibungsu yang manja


rumah besar kita tak punya
tanah berekar pun tidak juga
harta yang empat cukup berharga
permata di hati
sudah memadai
kita bahagia sekali.

Hepy befday En Somi~

          Selamat malam yang golap, bertemankan pelita minyak tanah lagi ni~hee...teringat dulu2 gune pelita jer...romantik gitu, tapi serombong(idung)...berjelaga~ itam ko bile bangun pagi..hee.Time tu mana lak ade komputer bagai....kan.
         Terus jum kite meloncat pi kat tajuk tu... 15hb ni ari lahir en somi mommy nan tersinta~ lebiu2 abang...gedixz dah mai dengan lenggang tongeknya~heee.En mat tan salleh bin saidun ni~haaaa..tu la name penuh en somi mommy, selalu jer silap ...setenggah orang tulis mat tan bin salleh, ishy2..memandai jer depa kan...pancung baru tau!!!~ pancung pensel ler.Tu belum campur nama anak lagi...neh2 mommy kasi contoh;

        muhammad shazmel hafiz bin mat tan salleh


tu dia na~ panjang bejelat...lau tulis kat buku sekolah sah2 tak muat..kena sambung bawah lagi...

     Sempena hari jadi abang kan kan.....korang part ni pejam mate tau, nak lomentik2 sikit~ehemmm2...budak2 bawah umuq kena pejam mate, tutp telinga na....~keh2

sayang abang sangat2...biar pun ibu selalu jer merajuk2 ngan abang, tapi ibu sayang abang...ibu suruh abang pujuk sebenonya.Tapi abang selalu tak pujuk...geram ibu tau,  abang kate ti letih la abang anak nak pujuk...ibu pun abang nak pujuk.Ibu tak kira..ibu nak merajuk gak...abang tak tahan kan, abang rindu leteran ibu kan~ ibu tau..mane tahan satu hari abang tak dengar `hotfm` ibu di setiap pagi~ abang pujuk ibu...tak susah pun pujuk ibu ni....tak payah bawak ke habib jewel ker ke poh kong ker... cukup sekadar abang...muahhhhhh2 ibu di setia celik mate abang.Sekali lagi ibu mau bilang..... satu dua tiga..biar beribu sekali pun berjuta....ABANG LAH SELAMANYA DI HATI IBU~luv u abang.


                                            

    

Wednesday, April 13, 2011

Arah

ke kiri tidak ke kanan pun bukan
di atas jauh menyayup
ke bawah terlalu menyusup
jadi......
haluan tengah arahkan hati


bukan tidak mengenang budi
budi kalian ku bawa semadi


bukan tidak berterima kasih
kasih kalian tak tersisih..


jangan nanti bila kita terduduk..tersepuk!!!!
ramai bertepuk...
                                           

walau ke kanan
walau ke kiri
bahasa itu pekerti...
agama itu di anuti...
tunduk bila bicara
lembut bila berkata
huruf tak bertabur
hati tak tersungkur
niat termakbul....
                        

Tuesday, April 12, 2011

seloka semasa

                                                
salam pagi sarapan lengkung
senyum sampai seberang takir
mommy mai lenggang2 kangkung
mengharap kalian sehat berfikir

senyum sampai seberang takir
singgah dulu mmbeli bayam
otak dah tak dan nak fikir
mari kite berhenti mmbeli ayam~hee

hari2 makan ayam
ayam kari lagi la berasap
cicah roti sayur bayam
pe hal harga ayam naik lagi kerap????

senyum sana sengih sini
peramah bukan la main lagi
alahai heran la jugak begini
dulu...jumpa selisih bahu pun bt tak reti~uhuk2

dah letih jadi orang begitu
bila nak baru menunggu2
ari tu bukan main lagak cam batu
aku lalu bt tak tau~heee

itulah adat bermain tikam batu
hendakkan sesuatu baru terburu2
satu pun sanggup merayu2
hendakkan kemenangan biar sekadar satu.

tak benci mahupun meluat
cuma keliru bila rakyat di buat
dihormat bile ade niat
jeling jeluat matlamat dah dapat.

mahu mengengam melayu yang satu
tak ingin bertelagah sembunyi batu
biarpun nampak peluru itu
bersatulah kita demi generasi berpadu.

bukan tak sayang bukan tak cinta
lahirku di sini negara bahagia
ingatlah wahai pemimpin tercinta
pupuklah kami dengan jemari mulia.

kami bukan rakyat buta
meski akal tak lah panjang berjela
ade setenggah bijak berkata
pada piliharaya menunjukkan juara.

kami mahu kami hendak
pemimpin bijak hipokrit tidak
melayan kami sebijak2
bukan sekadar bila berkehendak.


Monday, April 11, 2011

Berisnin kita~

           Salam senin~ epi2 berblog, walau tak nmpak rupe...kite mesra` alhamdullillah..kite mmbina talian shabat disini.
          Semalam kul 7 ptg mommy dah terconggok semula kat pj ni~ rehat2 jap, en somi lak ade meting...n mommy,mommy di wajibkan hadir~ heeee, isteri kan tunjang pengerak suami....cewahhhhhh2.... bermotivit lak mommy ni kan~ sekali sekala....dua kala panjang berdepa.
        Nengok abang mommy yang tak sehat tu....pada yang mendoakan, terima kaseh.Biasalah perokok n pedegil yang tegar..penyakit senang nak bermanja2.Semoga chik cepat sembuh...orang sayang achik sebenonya...~ngeee.Dalam skit2 tu...sempat gak suapkan mommy buah epal..yg di patahnya 2..sekerat die makan sekerat lagi suapkan mommy~ tebalik kord lak...orang sakit suapkan mommy~ sweet sgt2 mommy suka di manja gitu......~hahahaha...gedixzzzz dah maiiiii, sila jeling kiranya meluat melanda mate anda.
       Hari ni... senin, bermula entry.....salam sayang buat semua anak2..teman2 mommy, musuh tak dak na~
                                                       

Saturday, April 9, 2011

Balik Kampung Lagi

          En somi kate balik kampung.Muktamad!!!! adoiiii~ lagi. penat weyyyy..tiap minggu balik kampung.Tapi kali ni balik kg mommy kat hutan melintang lak.....tenguk abang mommy sakit, kat ospital sekarang.
          papai semua bertemu lagi di hari senin.....
                                 
ikutkan ati mommy malas...tapi en somi kate muktamad, kena la ikut..ni semua sal entry angin mommy pagi tadi~ tak slah beralahkan....sape sokong mommy~ angkat tangan cam usop wicha....

kite minum dulu~hee

          Hahh!!! mommy hangin? biaq betik~keh2...idak aih, mommy idak marah pun..mommy cume meluahkan ape yang dirasa~ cume situasinya cam gunung berapi kat kalkatak~heee..ade ker tempat tu,entam je la.
          Mai2 kite minum dulu...minum ayo sejuk2 cam kate chepah...minum ais limau. bio pun masam2 tapi menyejuk kat dlam ni yang tengah mengelodak.mommy pun bukan sesaja ...lenggang2 kangkung nak marah2 ni, besebab n berfakta..lau bawak kat balai, mesti polis tu pun marah same~ lau bawak kat bomba~ heee naya mommy kena sembuq ngan ayaq..tanak2!!!! mommy nak usung pi kat ospital...samaade mommy di hingapi oleh darah yang tinggi~ cepat no nak marah nya kan.Bio ler mommy rahasie kan sebab n sorok kan musababnya ye.....maleh le mommy nak open2 pekung sendiri~ dah la busuk ti ramai yg tutup idung yang mancung tu~heeeee..nanti face mommy nak sorok kat mana..bawah meja? sah2 tak muat...dalam laci? lagi le....
         Yang baik ari mommy jadi kan ikutan....yang tak bape nak baik, bace jer...lepas tu jadikan sempadan.
ade sedara dgn entry ke pic neh???~hee
                                                

pernah tak???

pernah tak??? akak ipar korang jeles kat korang sbb korang mnja dengan family.
pernah tak??? akak ipar korang jeleskan korang dengan abang sendiri
pernah tak??? akak ipar korang tulis kat buku tulis korang tentang bekas2 pakwe die n menyesal kawen dengan abang korang.
pernah tak??? akak ipar korang, tipu suaminya(abang korang la) ..kasi duit kat emak sekian2 tapi sampai kat emak lain
pernah tak???akak ipar korang...memburuk2kan abang korang bila terjadi selisih faham kat kenalan n saudara mara korang.
pernah tak??? akak ipar korang  lembut lidah dari gigi~
pernah tak akak ipar AKU YANG SORANG TU SEDAR...yang sekarang die berpijak di kampung aku..bukan kg die.seisi kg ni saudara2 aku!!!!!

apa mahuku

                                             

apa sebenar mahuku
kaki memijak
hati melonjak
bukan lonjak ria
berhilai tawa
berperang.....
antara ya dan tidak
antara ikutan dan tuntutan

apa sebenar mahuku
mereka tersenyum...aku ketawa
mereka memandang...aku mengangguk kepala
mereka berkata ya...sedang aku diam sahaja

apa sebenar mahuku
menghadirkan jasad
tanpa roh
menghadirkan diri
tanpa hati
menghadirkan sopan
tanpa santun

mahuku
biar kita bergerak...
tanpa mencanang riak
biar kita berkata...
tanpa memaut mahu membisik janji
biar kita berpimpin tangan....
dengan ikhlas dilaman
bukan hanya melebar senyum hari ini....
untuk matlamat hari esok.

kemana-mana usah berhenti
sampai bila2 amalkan budi

apa sebenar mahuku????
mahuku...
orang ku pandang biar ikhlas hati
senyum di beri bukan takat hari ini
bila riak2 angin ....
baru kau ingin memancing!!!!!



Thursday, April 7, 2011

Rojak

           salam pagi menjelang tenghari.....perut yang tadi kenyang kembali lapo~heee, menyuap ape tu..wahh2 tekun bebeno ngunyahnya....ye la ke kunyah hancur2....baru telan, tamo gelojoh ti tercekik.Mommy baru nak jenguk2 dapur.... dah rebus tulang tadi, pas tu ngulaw jap depan pc ni~hahaha..lau tak lagu ni, eemmm...alamat tak ber`entry` la mommy...idup kena berani ciluk menciluk, bukan kat jalanraya jer...masa pun same...ciluk mase untuk wat entry cam mommy~heeeee.
          Mommy bukan nak cerita sal menu,Abeh tu tajuk atas????Oooo~ tu?Rojak? rojak kat entry mommy kali ni bukan makanan..tapi cerita rojak2 dari mommy.Mommy ni name jer dah beso panjang..anak berkajang2~heee, tapi dalam hati mantain ade taman...taman bunga ros n rama2 kiut.Ishhhh2 tak sedo diri mommy ni!!!!! bio la~hahaha...ade mommy kesah>Tamo baca, tutup telinga....open mate, katup mulut~ baca je lam ati.Ade loya2....tahan dulu, abehkan baca~hehehe.
         Mommy suke...sejak azali kot, patung kecik2~ comel sangat, beso2 tak la..
comey dak?
tenguk kunci kete mommy pun bergayut dengan patung2 tu...ade 3, dulu 4..ilang satu.Alkisahnya...yang wane cokolat tu, mommy jumpa lam plastik sampah jiran mommy...die nak buang~ sayang ko!!! mommy amek la.Haippppp!!!! bukan mommy curi tau, sama cam adik kate mommy curi.Lepas mommy amek tu, mommy cakap kat zam(jiran mommy)....die kate amek la mmg nak buang pun kak~ kan mommy kate, mommy tak curi.Bebudak mmg suke kat kunci mommy ni...lau dalam lip, jeling2 jer....tah2 lam ati ngate mommy kan;

                  "cam bebudak lak makcik ni..."

Agaknya la kan, ye la kdg2 jeling2 tersenyum2.....lantak ler, mommy kan kaco pun kan kan.~hahah...tak pun bekenan.
                Haiiii....malam tadi anak dara mommy tu call;

                 "ibuuuuuuu~"

Dari nada lanjut2 tu, mendayu...ermmmm, tau dah mesti ade poblem, mmg pesen die gitu.Ropenya duit ilang...lima puluh hinggit, patut sore bodek.Mommy tak la marah...nak buat cam mana dah nak ilang bukan rezki la tu.Tup2 malam tadi masej...
         
                 "bu...duit akak dah jumpa balik"

Bab ilang2 ni mommy dah lali sebenonya..anak mommy yg sulung ari tu, lagi kerap ilang...ari ni beli selipar esok dah lesap.Asrama budak lelaki kan...mmg gitu, ingat beli yang mahal..kot2 la ade yang bekenan...beli la selipar jepun, sepasang dua hinggit lima kupang...ermmm~ pun sama gak, ilang.Bukan anak mommy jer semua orang....kate anak mommy lau nak selamatkan selipar tu..lepas guna simpan dalam lemari. tu bukan anak mommy la....die mmg payah nak wat gitu, kate orang pe...melesa,letak mane dan.
        Entry rojak berakhir disini....hahah~ selamat memasak wat suri rumah bertangga...selamat mengulaw pekerja2....selamat mengandakonda wat semua.
                                            

Tuesday, April 5, 2011

Susur hari ahad...

          Udah2 la tu mommy oiiiii~ ari ni dah selasa..sat lagi udah rabu, crite ari ahad tu dah basi~lalalalala.Laaaa..ye ker??? cepat betui mase beredar ye...sengal2 badan ni baru je nak ilang, sengal balik kg ler...lepas habis je anugerah berita harian baru betolak balik, kul 12 gak asenya...sampai KL dekat kul 2, sedo2 dah sampai ...hee~ lolap ape lagi .POyo jer mommy kan...ingatkan  sengal kena driver ke tadi.Kalu ade boss ni mommy tak boleh bawak kete~en somi ler, somi mommy ni cerewet lau mommy bawak..lemeh!!!baik mommy tido.
         Saja jer nak tayang sikit jer lagi pic ..semalam kat kolam ayo sejuk, kali ni jalan2 kat kolam ayo paneh..tapi tak ler berenang kat kolam tu...dah la cuaca paneh bedegung, mau meletup lak nanti~ cume part rendam2 kaki jer....
adik n ayang...

ayang nak rebus telur kat bawah tu~ 6minit jer dah masak

kite orang punya yang tenggah tu~ 10 biji...

ni lak tempat letak2 kaki kat batuan kecil2....plus air panas..

ni la batuan tu...tak larat mommy...dah le tajam, panas lak..byk penyakit kot ~hee

e`elleh mamat ayang ni tunjuk terror jalan atas batu tu
~ ni jer la pic2 comot...bersambung esok, tuk entry biasa dari mommy~ gedixz santai...hee                                              

Monday, April 4, 2011

Ooo yeahhhh!!!! Balik Kampung.


Assamualaikum....selamat malam, kekawan...anak2, rakan seangkatan sekapal sepengkalan~hee.Pe kabo kalian di sana??? sehat ker.....senyum sampai mana?Aduyai baru dapat mengadap sepenuhnya buah hati pengarang jatung mommy ni~ blog ler ape ke lagi..buah hati, yang bernama ~somi, ari2 ngadap..kecuali la waktu bekerja.24jam ngadap laki..mau miss soru~keh2.
          Wokeyh2....sabtu n ahad mommy tak sempat nak belek2 blog, sabtu tu mommy pi balik kg...plan emergency ko!!!!.Jumaat tu en somi kate mesyuarat di batalkan....pe lagi ari sabtu pun, selesaikan semua bil2, agih2kan duit kat bank...baru cll en somi, ajak balik kg, sore usah crite lah lagi lembut dari agar2~haha~ sore bodek tu.Yessss....approve! tu yang sampai tak sempat nak balas semua kunjungan,,,n komen2 semua.
          Mommy balik umah akk kat sungkai aje..kan musim durian, walaupun mommy bukanlah panatik raja buah tu, sekadar seulas dua jadi lah..ti kate lupa daratan lak, tak makan buah tempatan~hee.


 Abaikan aje buah durian tu, bukan sedap sangat pun....busuk baunya~hee.
durian perak~hee
          Lepas kenyang...paham ajer la, landing2..terlolap.Padahal dah janji dengan adik nak bawak pi mandi....terpaksa la tunaikan gak, lau tak rimas asek tanya je...selang 5 minit~ last2 mommy `hangin` baru selang setenggah jam..tapi tetap menuntut gak.Nak harap kan ayahanda nya tu??? Ermmmmm...lau dah kat kampung tu, ape lagi duk himpun taik mata....menambah keboroian~haaaa.Mommy gak la yang tukang layan anak2nya.Nak bt seisi leteran..ramai lak yang `baking`~ tak syuke!!!!.
Tambah kapsyen
         Mommy  pun bawaklah ayang n adik...pi bekubang, kat kolam ayo sejuk,cuaca panas2 mmg eloklah kat ayo sejuk....berenang kat ayo paneh ti, mau demam lak .
adik
                                                       


main pun tempat bebudak~

haha~ ni tempat urutan air~ sedap jer..abaikan orang kiri tu..tak sangkut paut yang kanan tu ade la~ my akk.
hamboi2~ seronok bebeno ye~hee
aksi adik meluncur

melayan dak ngengade ni~hee
 Plan mengejut...sape2 pun tak ikut mommy....tak per nanti kite palan baik punya ek.Nak ajak ieyla pun...die sedang peksa...sori sayang.Pekse penting..jalan2 lain kali pun bolehkan