Saturday, May 7, 2011

Terkadang

terkadang aku berfikir tika membaris
terkadang aku lupa bila baris menjadi ayat
terkadang aku alpa bila ayat menjadi perenggan
terkadang aku leka bila perenggan demi perenggan
terkadang aku seronok...gembira bila semuanya menemui nokhtah.


dalam berfikir aku terlepas
huruf menjadi ayat
ayat berganti perenggan
bile menemui penamat........
aku sedar.


dalam huruf bertemu riak
dalam ayat bersua megah
dalam perenggan berselisih bongkak.


betullah....
siapalah aku
sekadar aku...bermain dengan jari
bermula dari hati
menjadi entri


2 comments:

Kakzakie said...

Kakak juga
kekadang alpa
bermula jejari meneroka
tiba-tiba terhenti seketika
menikmati mainan kata-kata
termenung juga
oh....disitu kiranya
ada mommylavendar.....:)

mommylavender said...

kZ~ mmg bijak bermain urup..mommy like~heee