Tuesday, February 22, 2011

Bila mahu

bila mahu mu
jari ini dalam gengaman
pipi ini jadi ciuman
bahu ini melampias keresahan
riba ini basah dek titis tangisan.

bila mahu mu
tak kira rentak di palu
lentuk liuk berbudi-budi
nyanyian nyaring memecah sunyi.

bila mahu mu
hati yg keras beralih lembut
milik di sayang bukan lagi di kenang
apa sahaja....
bahkan gunung
maupun laut
tasek damai
terserah......diserah.. berserah

tapi,
bila mahu ku
di ajak ke kanan
beralih kiri,
aku lihat pelangi
kau mendegus pergi.
di tuntun lorong suci
mahu u`turn lagi.

bila mahu mu?
bila mahu ku?
dan,
bila mahuNYA.

No comments: