Saturday, October 30, 2010

?SOALNyA HATi ♥♥♥~5


           Setelah seminggu menjadi pekerja di kedai buku Luqman,alah sisa tegal biasa..mula2 tu alah la jugak,mengantuk..,maklumlah biasa aku sambung tidur lepas solat subuh...ni tak dapat,apalagi mata pun mogok asyik nak katup je.Sekarang ni semuanya berjalan lancar kena lak dengan kak zila yang bek hati,sekepala dengan aku...kaki novel tu.Tapi bila abang loqman ada kat kedai aku jadi rimas cerewet mengalahkan Cek Jetun ibu aku,aku buat tu tak kena ,aku sapu sampah dia kata tak bersih..aku susun buku dok komplen tak kemas.Walaupun tu kedai abang loqman,tapi dia jarang kat kedai...isterinya kak zila yang selalu ada.Pernah satu pagi aku hampir2 hilang sabar dengan abang loqman,rasa nak `cabut` je...seb bek nora kawan aku tolong sejuk2 kan ati aku ni.
         "mia,tengok tu...belakang awak ada sampah lagi"tajam je jari abang loqman mengarahkan aku.
         "wokey.."tanpa banyak cakap aku ikut arahan abang loqman.
         "tengok tu, awak menyapu ke berangan,saya suruh tempat len tempat len yang awak sapu" dengan muka yang masam ngalahkan cuka mengarahkan aku itu dan ini.
         "saya bercakap dengan awak mia...bukan dengan buku2 tu,awak buat `derk` je ek!!!!..Kalau awak nak keja lama kat sini,dengar cakap saya bukan degil awak tu aje.Kan saya suruh awak sapu semula kat belakang tu?abang loqman terus terusan membebel...siap pakej lagi, tengking berapi.
          Malunya aku dengan budak2 yang len dengan nora,lina..apalagi empang mata pun pecah berderai.Dia orang kawan yang baik....kerana pujukan mereka aku sejuk ati ari tu,lebih2 lagi kak zila pujuk aku setelah nora mengadu,tragedi pagi tu.Kak zila siap mintak maaf lagi atas ketelanjuran bahasa `huby` dia...abang loqman ada poblem menurut kata kak zila,aduyai masalah pun kenapa aku yang jadi mangsa ..pree2 je kena pagi2.
         Masa senggang, pelangan pun tak ramai...sempat gak aku menatap novel2 yang bru datang..dari alaf21,setakat nengok kulit luar aje..nak baca?uhhh...segan la pulak.Dapat gaji ti aku beli la...sempat lagi aku bermonolog..kalau ada abang loqman tak ke naya,kerana abang loqman tak aku berani...kak zila lak masuk lambat,tinggal kwn yang 2 orang ni...kena gak hormat.kan kan?
        Terasa letih seluruh badan aku,udahlah balik tadi berhempit2 dalam bas,biasa aku tumpang along balik. Kena lak along ada hal terpaksa aku menapak ke `bus stop`jauh tu tak la...tapi keja kat kedai buku mana sempat punggung aku nak berdating dengan kerusi.Aku bukak tingkap lapang2,.....lega angin malam mengibar2kan langsir biru,cantiknya bulan tika mengambang.Terdetik hati berlagu rindu.Teringat kat pakcik sal usul dia,buat aku kelam kelibut hati dan perasaan.Ada ke patut?Tak patut...memang tak patut.Yang aku kata tak patut tu ada ke mamat qayum tu g talipun ibu aku..kata nak datang rumah.Terkejut cek jenab bukan kepalang..aku yang di soal berhati walang nak menjawab.Kesudahnya aku terang kan pada ibu kedudukan aku dengan qayum.
        "mia kawan je dengan dia bu.tak ada ape2 pun, lagi pun baru 3 bulan lebih mia kawan,jumpa pun tak penah..gambar je.Ibu usah percaya lah dia nak datang umah"siap tersengih2 aku menerangkan.
        "selama ni kamu tak penah pun bercerita dengan ibu sal dak qayum ni,lau dia tak cal ibu..sampai bila2 pun ibu tak tahu kan.Haaa lagi satu...yang kamu senyum2 tu kenapa?jangan main2kan hati orang mia,kalau kamu tak suka jangan di layan"sudah ibu buat seisi dari hati ke hati.
        "mia bukan nak men2kan dia bu..mia nak kawan2 je,bu tau la kan mia bukan ada ramai kawan pun..leya tu sorang,ni je baru nak belajar tambah kawan"ah! sudah betul ke hati aku yang suruh cakap tu, jawapan nak selamat.
       " lelaki dengan perempuan bukan kawan je mia..len la kamu dengan leya tu,dengan kawan tempat keja kamu tu..sapa ke namanya?nora dengan lina kan.2 semua kawan.ni lelaki mia....lambat laun tah kamu ke budak tu ke mesti ada `apa2`"
        "a`ah bu...lina ngan nora...apa yang ada `apa2` tu...bu dulu gitu ek dengan ayah" aku genyit mata dengan ibu.
       "budak neh...ibu cakap betul2 men2 pulak..belum ayah kamu dapat tau lagi tu,kalau la ari tu ayah kamu yang jawab talipun,apa kamu nak kata?"
       "terima kasih bu...jadi penyelamat..ibu pun tau kan kalau ayah tau..tah2 mia kena benti keja"ciuman kat pipi ibu.
        Tiba2 aku ke alam nyata..bila lagu talipun berkumandang memecah angan.Siapa lagi kalau bukan pakcik sorang ni.
        "assalamualaikum"aku menyapa terlebih dahulu...aku ingin belajar bersikap tenang.
        "waalaikumsalam,makcik udah balik,,dah makan? dengan ramah tamah pkcik sorang ni.
        "balik dah...makan belum,perot cam kenyang aje..tapi hati ni tetiba lapar cam nak marah je tau"udah mulut aku wat cerita ...baru tadi hati aku doq habaq tamau ribut..terlepas la pulak.
        "mesti pasal saya cll mak makcik ari tu kan,patut lah msj tak nak balas marah rupanya...makcik saya sorang ni"cam terbyang je sambey tersenyum2 dia menjawab.
        "bukan nak marah..tapi pakcik tak cakap pun kat sy,tetibe je ibu tanya....terkejut saya tau.lau saya ada lemah jantung ..tak pasal2 pakcik duda..ngeee~kalau la ayah yang jawab cll tu lagi haru pakcik, kan saya dah cerita kat pakcik ayah saya cm mana"dalm lawak aku menjawab.
        "sbb saya tau makcik tak dak lemah jantung la sya berani bt...kan sekarang sy still ada makcik,tak duda pun,makcik syang sy?"
       "makcik...."kalau lah dia nampak muka aku sekarang yang macam udang kena salai ..malu,aku yang pancing sekarang aku dah kena soal...jawab mia jawab.
      "nape makcik diam....takan dah tidur kot,haaa..bru pukul 8 lebih "sempat lagi qayum menoleh jam tangannya.
      "tak tidor aih....ada g ni.."senyum aku udah tak tentu hala nak tuju kat sapa..yang pasti senyum aku pada talipun la.
      "abeh tu pakcik tanya tadi apsal tak jawab"
     "soalan?ada pertanyaan ke..bukan ke pakcik guna ayat penyata tadi "aku mula nak masuk simpang lain.
     "dah mula dah nak wat2 tak tau....nak pakcik ulang ke?"lembutnya suara pakcik waktu tu...bisa cair aku gini.
Apa yang aku nak jawab...nak kata sayang,malu lah pulak aku kan perempuan,mana bolah aku yang mulakan dulu.Nak tanya semula "pakcik sayang sy tak" aduiiii lagi la segan ti dia ingat aku gedek la pulak.Tak kan aku nak cakap tak sayang lak...merajuk lak dia,sedang dalam hati banyak tanda soal yang sampai saat ini belum mampu terjawab semuanya.Benar ke dia sayang aku atau sekadar nak men2...sayang sebagai ape?
     "makcik...."
     "aaaa...ada ni"tergagap2 aku menjawab.
     "berangan ek"pakcik mula menyerbu.
     "tak pun....tengok tv ni cam bes je"dapat gak helah menidak kan yang betul kata qayum tu .
     "plzzzz...makcik jawab"
     "nak jawab ape sayang"opppsssss...kurang ajinomoto punya mulut,dah dua kali terlepas...
     "sayaanggggggg?"
     "tak..... cerita kat tv neh,sy menghayati..tu yang tersasul kat pakcik"kena kaber jangan tak kaber...
     "jadi makcik memang tak sayang kat saya la ni ...sikit pun tak ek?"lirih je suara qayum...udah nak merajuk kot.
     "bukan macam tu pkcik,....."tersekat aku di ayat tu bila aku dengar suara ibu memangil tuk makan malam.
     "pkcik...ibu dah pangil, ti kita sambung lagi ek,percaya lah kalau jodoh kita ada...kemana pun kita tetap bertemu juga,janji kita sabar menempuh semua dugaan yang dtang"akhirnya aku mengeluarkan ayat2 novel n cerita tv yang biasa aku tonton,dengan harapan qayum memahami aku saat ni,soalnya hati aku sekarang...antara nak dengan takut yang berperang sesama sendiri,aku tak tahu yang mana satu akan menang di hujung hubungan ini.Dalam setiap solat aku menitipkan doa moga aku di pertemukan jodoh dengan insan yang baik,beriman....tak panas baran.Cuma solat isthiqarah yang belum aku buat...aku rasa belum masanya lagi kot.
     "wokey lah makcik...tapi ingat tau...yang saya betol2 sayangkan makcik,assalamualaikum"
     "waalaikumsalam"seperti biasa di akhiri dengan salam yang tak pernah dia lupa.kadang2 aku yang kelam kabut..dia yang selalu ingatkan aku.sayang ke aku?soalnya hati.
      Bukan aku nak makan malam sebenarnya..memang ibu suruh makan tapi perut ni cam sebu je.Akhirnya aku ambil keputusan `landing` ala2 duyung ....aktiviti siang yang dah lama aku tinggalkan,rindu tau!Entah pukul berapa aku terlelap pun tak tahu..terbuai dengan dendangan lagu dari hot fm.Sedar2 bunyi msj masuk je.....bila aku tengok jam,"uik...pukul 1"sape lak msj ni"detik hati aku kerisauan.tanpa berlengah aku pun membuka msj.
      <jatuh motor>dari pakcik.
     ahhh sudah kemana lak dia tengah2 malam cm ni merempit ke hapa.hanya 2 perkataan tu aje,bila aku balas langsung tak ada jawapan malah call pn tak berjawab.Berpuluh kali aku cube call tapi semuanya hampa,hanya Tuhan saja yang tahu betapa risau nya aku.Kena pulak hanya no dia yang aku ada...no kwan2 dia langsung aku tak penah amek tau.Menyesal dengan sikap aku ni.No famili dia pun aku tak tau..aku malu la nak mintak..takut apa lak kata keluarga dia...tiba cam ni aku gak yang susah.Moga2 kau selamat pakcik......luv u,dalam sendu terungkap gak perkataan keramat tu...setulus dari hati aku.Tak lelap aku lepas dapat msj dari qayum tu.Tak pernah jemu untuk aku mencuba mendail dan terus mendail.....dan akhirnya,
      "sayang"ungkap nya dengan suara lemah.
      "awak nape,kat mana...aduiii,risau saya tau"
      "emmmmmm" hanya itu yang aku dengar,dia betul dalam kesakitan sekarang.
      "wokeyyy...saya tau awak sakit,awak kat hospital ke?"
      "a`ah"hilang suara cerianya yang sebentar tadi,suara ingin tahu aku sayang dia ke tak.
      "lega hati saya....awak rehat ..t esok saya call awak lagi"
      "mkcikkk..."
      "yup"
      "sayang saya?"
Dalam sakit itu gak lagi yang di tanya ,napa la lelaki ni degil sangat selagi tak dapat tau selagi tu la merengek cam budak kecik tak dapat mainan.Budak kecik senang gak nak cerita...cubit ke rotan ke diam la ...tak mengada dah. maslahnya qayum ni udah beso `tago` bak kata orang perak.
      "sayang"jawab aku sepatah.
      "cam tak ikhlas aje,kerana saya cam ni..makcik terpaksa kata cam tu kan,napa tadi tak cakap sayang"
      "dah la tu...pakcik  rehat2...tak sihat tu,assalamualaikum" dengan cepat aku kasi slam setelah terpukul dengan terjahan qayum.
       Sampai tempat kerja mata macam kena gam,gam sekolah tak apa gak lagi ni cam kena gam gajah.nasib baik la ari ni kak zila yang duduk kat kedai,ampun lah sikit.
       "haiii...cik adik malam tadi ber`dating` ke, udah cam burung belatuk nampak"tersenyum2 kak zila memandang aku yang udah tersenguk2 kat rak buku.
       "pe lagi kak, ye la tu...biasa ada gak petang kit dia baru ngantuk ,ni pagi..haaa..tengok jam baru pukul 10 suku"tambah nora.
       "tak la kak,nora....mia baca novel yang mia pijam dari akak ari tu,best lak, tu yang nak abeskan gak...sampai pukul 2 baru tidur"mengelak memang aku aku akan cuba ...memang aku pinjam buku kak zila karya areila sahimi...2 x 5(dua kali liama) tapi dah lama habis cuma pulangkan aje yang belum.
        "seronok betul kan kak....kalau lah mia dapat jadi cam areila tu kan best"belum sempat nora       menyampuk aku dah sambung.Apelah khabar pakcik tu ari ni...sihat ke?dah makan ubat ke?  teruk ke luka dia,semalam tak sempat nak tanya..memandangkan aku malu bila kena dengan dia malam tu.
        "oiii...berangan ke?"sergah seorang pelangan biasa kat kedai ni.
        "oppoocuttt.....tak lah akak,menyelinap jap je kat alam fantasi" cepat2 aku selamatkan diri.
        "yo la tu...."sampuk nora dengan kak zila serentak.
          Waktu rehat aku gunakan menanya khabar pakcik sorang tu,dengar ceritanya dia jatuh motor masa balik dari kedai..malang tak berbau katanya.Cedera tak teruk...menurut kata doktor esok dah boleh keluar.Malam tadi dengar dari suara bukan main parah lagi bunyinya...tah2 dia kasi outa kat aku,semata2 nak aku mengaku sayang kat dia.Sudahnya hati aku menyoal sendri,soalan yang tak ada jawapannya.Terserahlah pada empunya diri...kalau menipu balasannya kan dapat kiranya jujur maka insyaalah manis lah di penghujung kisah kita.Jika betul2 sayangkan aku jujurlah pada diri...aku cukup pantang di tipu,dan menipu bukan sifat aku..tipu bab hati tu ada lah..nak selamatkan diri.lau belum terang cam `spotlight` aku tak nak mewar2kan pada orang len..tentang hati aku yang dah tumbuh kudup2 bunga ni,buatnya tak jadi tak ke malu.taknak!!!!!
.
    

  
        




       .
  

  

2 comments:

Peni Anani said...

dah bace... ngee... teruk ke pakcik jatuh motor ekkk... ntah2 auta jew an... laki an cuke auta

HoneyvsBee said...

ehemmmmmmmm2 aku pinjam laptot lop nehhhhhh