Thursday, August 13, 2015

Terus Menyusur

     Selepas mengisi perut dengan apa yang patut~ janji kenyang dan menghilangkan sahaga ckup, walau sesuap nasi dan air suam~ Alhamdulillah. Hamboiiiii rajin bebeno ko rahmah binti ibrahim lepas hantar kereta ko bertungkus lumus lak kat dapur ye, besilat dengan periuk belanga~ kehkehkeh. Eh2 aku tak habaq pun aku masak hokeyyyyy, aku cakap aku dah siap makan tngahari~ makan di kedai aje la ...cheq oiiii.

     Aku ni bukanlah seorang isteri yang rajin, maksudnya terlampau rajin~ ajeee kan tidak, masak pun dalam seminggu tujuh hari kadang2 tujuh2 hari tu celus~ haaaaa cuba pikiaq celah mana aku ni rajin. Sebenarnya tidaklah sampai begitu tulang temulang aku ni berat bebeno, ngalahkan bertulangkan besi kongkrit kan~ hihihi. Masak la tapi tengahari memang 7 hari tu tak masak , hari biasa isnin hingga jumaat..cuma aku sensorang je kat rumah, membazir kalo aku masak2 kan. Sebagai isteri pandai berjimat2 di samping kemalasan yg tegar, aku ambik anak sekolah kemudian bawak sekali dia menjamu selera~ nengok2 pandai idak aku....hahaahaha...sape lagi nak puji kan nak tunggu hencik suami puji? Kempuanan nak dapat kalo bab2 memasak ni kan, kalo bab lain hencik suami memang rajin memuji~ kan abg kan..hihi.

     Sabtu dan ahad pulak tengahari pun jarang2 gak masak beli aje sbb kat rumah tu bukan ramai sangat. Jadi kesimpulannya bab masak memasak ni kerajinan akan mendadak naik bila balik kampung..sebab ramai yang nak makan~ gitulah tahap kerajinan aku, namun malas2 pun peyot hencik suami ke depan gak, badan aku? Lagi la ..macam aku kata kecil sikit dari tong drum~ ce kome pejamkan mata bayangkan tong drum..cantik ke tidokkkkkkk? Haru kan....hahaha

     Sekarang ni tunggu anak balik dari sekolah, anak bongsu aku ni keluar sekolah pukul 2 pm tapi olehkerana aku ni ibu yang berdisplin dan berdidikasi maka seawal 12.30pm aku dah tercongok depan sekolah ni. Lambat2 nanti aku cemuih nak beratur belakang bas~ lebih baik awal2 dok lepak2 dlm kereta sambil bercerita dlam ni~ bercerita sensorang pun ok apa....haah??? Korang kata aku mereng..hahaha sikit2 ye kot~ hampeh!!!!

   
Lepak2 depan sekolah anak




No comments: