Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

ANTARA PENING BINGUNG DAN BENGANG

Bercelaru berbelit dan berputar
Mata berpinar-pinar
Pandangan jadi berbalam
Tusukan nafas makin berat
Peritnya tak tahu di mana
Di dadakah
Di kepalakah

Siapa punca angkara
Dimana bermula cerita
Akukah yg punca
Terlalu berikhlas dalam berkata
Terlampau lurus dalam seloka
Huhahuha tak tentu kira
Tak sedar ada mata mejeling 
Ada hati berdetik
Nah!!!!!timbul cerita
Aku jadi bingung

Kala aku berlurus langkah
Langkah hati seiring kaki
Muncul cerita yg membabi
Menyondol tak tentu hal
Ahhhhhhh!!!!!!!
Bengang!!!!!!!
Kalo aku tidak maka aku tidak
Usah di canang 
Jangan di terajang nama aku sewenang
Pantang aku harga diri di timang2
Kesudah kau lontar ke longkang.

Pening bingung bengang aku dengan semua
Kala bahasa tidak teratur sopan
Usah kau marah
Kerana kau yg undang
Aku menurut perintah hati berdarah.

Monday, June 16, 2014

                                     


                   KEMARI MENGENANG






aku menyendiri kemari termenung, mendongak langit yg tak berpenghujung
merenung lautan yg tak bertepi....melihat bulan yg setia menyinari 
menatap sinar mentari yg setia melingkupi seisi alam ini
aduhaiiiiii...
kerdilnya diri.

ahhhhh....
kenapa aku begini mudah benar menyelepok diri
kenapa aku tak gah hgga ke akhir ayat
bukan aku tak cuba
sedaya ada nya
aku kukuh kan hati 
aku bina tapak berdiri
aku imbangkan tongkat andai aku gugur nnti

tapi.....
aku gagal
kecundang sebelum ayat ku tamat...
bermula dari A tapi tak berakhir dgn Z

tidak saja2
berundur demi semua
kasih sayang kita tetap sama
rindu kita tetap serupa
tiada yg beza
walau diri tidak di sana.

jari2 kita simpan sahaja
usah menunding pd sesiapa

bersalah itu aku
yg gagal itu aku



Saturday, May 7, 2011

Terkadang

terkadang aku berfikir tika membaris
terkadang aku lupa bila baris menjadi ayat
terkadang aku alpa bila ayat menjadi perenggan
terkadang aku leka bila perenggan demi perenggan
terkadang aku seronok...gembira bila semuanya menemui nokhtah.


dalam berfikir aku terlepas
huruf menjadi ayat
ayat berganti perenggan
bile menemui penamat........
aku sedar.


dalam huruf bertemu riak
dalam ayat bersua megah
dalam perenggan berselisih bongkak.


betullah....
siapalah aku
sekadar aku...bermain dengan jari
bermula dari hati
menjadi entri


Friday, May 6, 2011

Hari-hari


tidak karpet merah keinginan diri
bukan jugak banglow mewah kehendak hati
walau sekadar biskut marie cicah kopi
senyum kami menikmati....

biskut marie cicah kopi
bukan kek dari secret resepi
pondok buruk tempat singgahi
tidak mahligai indai untuk di banggai


cukup itu
biar sekadar itu
kami rela yang begitu


pinta ibu......
bila bibir berkata2 resapkan kejujuran dalam jiwa
bila bertingkah laku hormat pada yang tua
senyum pada yang muda
walau arah berbeza..matlamat tak sama
biar lain agama bangsa tak serupa.....
hormatlah sesama manusia.


pesan ayah.....
jujur jadikan suapan hari2
hormat....jadikan pakaian menutupi aurat diri
agama..jadikan tiang tempatmu berdiri
usah lupa walau sekali.

walau biskut marie cicah kopi
tapi itu buatan hati
hati jujur
hati hormat
hati agama


kerana kalian mengusung budi diri hari2
hari2 adalah hari ibu
hari2 adalah hari ayah

Wednesday, April 20, 2011

Benar

melihat jam dihari
mata yang terpejam hati mencari
kemana esok mau melangkah lagi
mencari menggali.....
sesuap rezeki
untuk anak2 serta isteri.


melihat jam dinihari
melihat anak2 lena bermimpi
sedang isteri menanak nasi untuk bekal aku nanti
bukan yang enak jadi santapan
bukan yang lazat jadi hidangan


biar lelah
membelah dada
biar tersungkur
bangun, aku tetap akur
mencari rezeki yang bukan kabur
mnyuap waris dengan tangan yang kendur
tidak menadah berkata taqbur



wahai suami....
suapi aku dengan keringat jernihmu
suapi aku dengan hela nafas murnimu
gengam jemariku ke syurgaNYA.


wahai ayah.....
suapi kami dengan keringat jernihmu
suapi kami dengan hela nafas murnimu
gengam jemari kami ke syurgaNYA .....


ALHAMDULILLAH.....kami kenyang dengan suapanmu
biar bukan ayam golek di meja berputar
tapi kenyang kami benar....
dari rezeki yang benar...
semuanya benar-benar belaka.

Thursday, April 14, 2011

Buat Yang Tersayang(en somi)

                                  
sah?
sah....
sah....
sekeliling mengangguk sah
sebaik  melafaz kalimah....
simpang perenang setan yang kalah
aminnn...syukur alhamdulillah, anak adam bersatu sudah.

                                
tangan bersatu....kucupan bertalu
tidak di pinta emas permata
dijari tersarung...tanda isteri tercinta
si isteri mengalir si airmata
selamat tinggal si zaman dara


pada suami kau lah dihati
saat itu hingga kini
......sampai ajalku menjemput pergi
......cinta ini akan abadi.


terkadang jalan yang lurus sedikit goyang
gigi dan lidah seakan tempang
kau kuat bagaikan pahlawan
berpedang melawan
gagah perkasa mempertahan
bahtera kita...... meluncur aman.


muhd shazmel buahhati kita
nurshazreen puteri tercinta
muhd shazril pengaranghati keluarga
nurshazleen sibungsu yang manja


rumah besar kita tak punya
tanah berekar pun tidak juga
harta yang empat cukup berharga
permata di hati
sudah memadai
kita bahagia sekali.

Wednesday, April 13, 2011

Arah

ke kiri tidak ke kanan pun bukan
di atas jauh menyayup
ke bawah terlalu menyusup
jadi......
haluan tengah arahkan hati


bukan tidak mengenang budi
budi kalian ku bawa semadi


bukan tidak berterima kasih
kasih kalian tak tersisih..


jangan nanti bila kita terduduk..tersepuk!!!!
ramai bertepuk...
                                           

walau ke kanan
walau ke kiri
bahasa itu pekerti...
agama itu di anuti...
tunduk bila bicara
lembut bila berkata
huruf tak bertabur
hati tak tersungkur
niat termakbul....
                        

Saturday, April 9, 2011

apa mahuku

                                             

apa sebenar mahuku
kaki memijak
hati melonjak
bukan lonjak ria
berhilai tawa
berperang.....
antara ya dan tidak
antara ikutan dan tuntutan

apa sebenar mahuku
mereka tersenyum...aku ketawa
mereka memandang...aku mengangguk kepala
mereka berkata ya...sedang aku diam sahaja

apa sebenar mahuku
menghadirkan jasad
tanpa roh
menghadirkan diri
tanpa hati
menghadirkan sopan
tanpa santun

mahuku
biar kita bergerak...
tanpa mencanang riak
biar kita berkata...
tanpa memaut mahu membisik janji
biar kita berpimpin tangan....
dengan ikhlas dilaman
bukan hanya melebar senyum hari ini....
untuk matlamat hari esok.

kemana-mana usah berhenti
sampai bila2 amalkan budi

apa sebenar mahuku????
mahuku...
orang ku pandang biar ikhlas hati
senyum di beri bukan takat hari ini
bila riak2 angin ....
baru kau ingin memancing!!!!!



Friday, April 1, 2011

Resah

                                          
ke kiri kanan rasa berbeza
ke depan belakang gundah menyengkang
ke atas bawah terasa memalang
ke mana arah....

ke langit tangan mendepang
kudusnya diri 
ke bulan mata membuntang
resah lagi
ke bintang mengira lantang
malu sendiri


semua segala kerdil melingkari
pada aku?
kamulah tuan
kamulah idola bangsawan


pada kamu?
aku pecacai murahan
aku perosak ilmuan

kesudah diam menyendiri
menyelongkar peribadi
mengali pekerti
mengkuburi cela diri
menisan bongkaknya hati.

Monday, March 28, 2011

sudah-sudahlah



sudah~~
sudah-sudah la
sudah!!!!
bertelagah bertikam arah
seorang timur barat pulak dah
kelak~ 
hati berdarah
semata berebut mahligai indah
di puncak bukit mewah

mari~~ 
mari kebawah
lihat!!!
lihat mereka yang kena ratah
mengemis dibumi bertuah
sedang disini darahku tumpah
tapi bergerak payah
mengesut...
susah
merangkak...
alangkah!!!

sudah-sudahlah 
mari kebawah
jangan esok kami di arah-arah
pujuk rayu..
melutut pun mampu
senyum sana
sengih sini
tunduk ke situ 
lambai bererti
karpet merah tak perlu lagi
bukan kami insan begini!!!!

sudah-sudahlah
saat  kabul terlaksana
saat di julang melihat bintang
ingatlah janji pada yang walang
janji gula
usah di suap peria!!!

Friday, March 25, 2011

Taruhan Budi

                                                
tika  canang mula bergema....
di telinga  berkumandang
di kertas berdendang
di tv tertayang
di mana-mana bersembang
pantang bertentang!!!!!

pelik?
otak kanan udah berbelit
otak kiri menjerit
penat memikir...runsing mengenang
saudara-saudaraku sepang perenang
kau!!!!!
bukan aku! tapi kau!!!!!
lidah bertingkah balah berbalah
tak siapa  menang tak siapa juara
tersungkur itu maruah kita
bangsa kita!

terkala penat memerah arah
ke kanan tertekan
ke kiri ....?
makin menyimpang budi


harga bagai mahu dibeli
tika tuan tidak menjual
apedaya,
serlahkan pekerti
ampuhkan budi
tentu-tentu nanti.....harga tuan melambung tinggi
tak perlu promosi
berduyun mencari


budi tuan di bawa semadi
tak perlu canang2 lagi
turun temurun akan abadi
ingat lah tuan.... WANG bukan taruhan budi.

Tuesday, March 1, 2011

HALAMAN diri

menilik diri dari hujung rambut hingga ke pangkal pribadi,
mau menyelongkar mana budi? Dimanakah jahil pekerti?
biasa...otak sudah berkata" pekerti tuan elok belaka, budi tuan di sanjung berjuta"
maka, legalah kepala mengangguk "ya-ya"
adat manusia tidak mengeling pada diri yang nyata
mahu di sorok kudis buta
tak tahu nanti kanser yang bertapa
sedang berdiri tak sama
duduk pula bertapak duri walhal berlapik permaidani tinggi sekaki
manusia-manusia.....leka dengan laman dunia
berbuai tali berdendang sekali
menyanyi merdu lupakan yang mana pilu sedih sendu
melalaikan pd diri sendiri
melupakan ayah ibu
ALLAH.....telah lama tak `kunjungi`
aduhai.... alahai,usah mendengar bisikan otak
jangan terlalau percaya angukan kepala
kerana kita -kita selalu lupa
diantara otak n kepala ada bisikan tika leka
lihatlah cermin....terus ke hati
pandanglah diri....uruskan pribadi
bertemanlah dengan AGAMA kelak terurus akhlak DIR.I

Wednesday, February 23, 2011

selasihQ Lavender

sayang selasih di hati segar
tinggal berjauh rasa tak mampu
selamat pergi QASEHLAVENDER
pergi bersama memori dulu.


bukan tak sayang selasih lagi
lalu aku beralih hati
pada rose memikat sanubari
biarpun berduri
mematang diri.


QASEH yang dulu tetap padu
usah di ragu bukannya palsu
LAVENDER wangian bersama kamu
harap kekal sampai ajalku.

Tuesday, February 22, 2011

Bila mahu

bila mahu mu
jari ini dalam gengaman
pipi ini jadi ciuman
bahu ini melampias keresahan
riba ini basah dek titis tangisan.

bila mahu mu
tak kira rentak di palu
lentuk liuk berbudi-budi
nyanyian nyaring memecah sunyi.

bila mahu mu
hati yg keras beralih lembut
milik di sayang bukan lagi di kenang
apa sahaja....
bahkan gunung
maupun laut
tasek damai
terserah......diserah.. berserah

tapi,
bila mahu ku
di ajak ke kanan
beralih kiri,
aku lihat pelangi
kau mendegus pergi.
di tuntun lorong suci
mahu u`turn lagi.

bila mahu mu?
bila mahu ku?
dan,
bila mahuNYA.

Friday, February 18, 2011

Kalimah azimat

celik mata memandang
bumi terbentang
nyaring suara berkumandang
memecah pandang
wajah-wajah....
satu
demi
satu.

seraut wajah layu beriak gumbira
meyambut.
seraut wajah resah berombak tenang
melafaz kalimah ketelinga kanan
lembut
nyaman.

kalimah azimat
pejanjian keramat
lorong berkat
jalan selamat
selusurilah......
wahai anak ADAM.

walau ape meski dimana
walau sakit meski terluka
walau parah.....
bangunlah
jgn sekali melanggar ARAH
di dada berbekal amanah
ANAK ADAM.

Wednesday, February 16, 2011

Bulan di hati

tika melihat bulan mengambang,
hati terkenang pada yang sayang,
mula wajah terbayang-bayang....
suara merdu terngiang-ngiang,

melihat bulan dikampung tenang,
di sulami cengkerik kaki bersilang,
menghirup kopi berteman `paper` dipegang,
hati resah bukan kepalang,

`paper` dipegang terus dikhatam,
pilu hati tak dapat ditenteram,
biarpun bulan tak berdendam,
menyinar cahaya setiap alam.....
biarpun di sana suram
biarpun di sana gurindam
bulan yang terang tetap dipandang....
cuma....
manusia yang tidak tahu mengerti ..
tak memahami,
bulan yang terang,minta manusia tenang...
usah bertelingkah berbelit lidah
jangan memegang senjata berdarah

ada ketika bulan yang terang susah di pandang
...tapi,hati yang tenang..bulan di hati.

Sunday, February 6, 2011

aku yang dulu

dulu....
waktu kenal suara,aku terpesona
dulu....
baru kenal rupa,aku terpikat
dulu
suara lembut memecah pesona
dulu
tingkah gagah bertaut hati

biarpun dulu yang lalu
biarpun dulu berubah laku
biarpun dulu tingkah bertongkat dagu
sayang tetap yang itu
cinta hanya padamu
rindu terpahat di kalbu
tak berganjak walau waktu berhambat

biarpun isnin silih berganti
jumaat dtang dan pergi
aku....
aku....
tetap aku
yang kau kenal dulu-dulu

Tuesday, February 1, 2011

laluan selera

ku tepuk dada
tapi selera aku diam membatu
aku gelengkan kepala
ke kanan
semakin banyak tekanan
ke kiri
masalah menari-nari
aku tepuk dada lagi....
mana jalan pilihan hati
mana lorong berbudi
yang tidak memamah diri
selera kalut....
begitu banyak menu terbentang 
yang lemak..berkari
yang manis..pilihlah sendiri
yang pedas...berapi
yang pahit ...terbuang ketepi
bertanya lagi..
wahai dada... ape selera
yang pahit itu ubat....
yang pedas itu cabaran
laluan tengah biarpun berbatu
tersadung pilu...
itulah kemanisan yang di tuju......