Wednesday, August 12, 2015

ANTARA PENING BINGUNG DAN BENGANG

Bercelaru berbelit dan berputar
Mata berpinar-pinar
Pandangan jadi berbalam
Tusukan nafas makin berat
Peritnya tak tahu di mana
Di dadakah
Di kepalakah

Siapa punca angkara
Dimana bermula cerita
Akukah yg punca
Terlalu berikhlas dalam berkata
Terlampau lurus dalam seloka
Huhahuha tak tentu kira
Tak sedar ada mata mejeling 
Ada hati berdetik
Nah!!!!!timbul cerita
Aku jadi bingung

Kala aku berlurus langkah
Langkah hati seiring kaki
Muncul cerita yg membabi
Menyondol tak tentu hal
Ahhhhhhh!!!!!!!
Bengang!!!!!!!
Kalo aku tidak maka aku tidak
Usah di canang 
Jangan di terajang nama aku sewenang
Pantang aku harga diri di timang2
Kesudah kau lontar ke longkang.

Pening bingung bengang aku dengan semua
Kala bahasa tidak teratur sopan
Usah kau marah
Kerana kau yg undang
Aku menurut perintah hati berdarah.

No comments: