Bila semua ini aku terima dari seorang sahabat, fitnah yang dilempar pada aku. Awalnya aku tidak menyangka kerana selama ikatan persahabatan terjalin aku berikhlas hati bertemu, menolong apa saja namun keikhlasan hati aku telah di intai oleh mata dan hati yang tidak senang melihat semua itu, maka terhidanglah di depan aku SKANDAL DENGAN SUAMI ORANG...BUKAN SEORANG TAPI DUA ORANG SEKALI GUS. Dalam hati gelak juga....aku ni bukan lawa pun badan kecil sikit dari tong dram, muka pun tidak manis...kelat2 aje. Hendak di katakan seksi jauh panggang dari api...pakai baju pun 'gedobos2' aje..ateee celah manalah korang boleh nak fitnah aku sebegitu rupa. Pelikkan. Sebab utama pada aku mungkin si penyebar cerita si penerajang nama aku tu mempunyai sakit hati yg kronik terhadap aku, tah apa yg di pedengkikannya pun..WALLAHHUALAM.
Aku tidak menghukum semua sahabat atas salah dua tiga orang sahabat yang lain, seperti yang aku katakan tadi...aku adalah aku, jadi segala apa yang aku buat membuatkan hati aku puas. Tika aku diam..tunduk sipu2 malu korang sesedap jari mempermainkan maruah aku, bilamana aku dah mengamuk kenapa suruh aku STOP. Masa sebar fitnah tak reti dan tak kenal pulak perkataan STOP!!!! Memang dasar hati berulat kan. Buat masa ini biarlah aku BLOCK semua sahabat dari semuanya, biar aku duduk diam2 tanpa gangguan. Buat orang yang menyebabkan fitnah ini....jumpa aku untuk mintak maaf kiranya tidak KO bawak la dosa2 ko tu ke lubang kubur. Sebelum ini bahasa aku cukup ayu penuh sopan ibarat anak dara jalan tunduk ..tapi bilaa KO cuit2 geletek2 maruah aku , memang KO saja menempah BAHASA MAUT dari aku. Jangan sesekali salahkan aku sebab KO yg tempah aku hanya memenuhi permintaan. Baikkan aku.haahaha.
Oklah setakat ini luahan jantung hempedu dari aku, senang2 nnti aku menulis lagi.
No comments:
Post a Comment