Pada asasnya atap nipah terdiri daripada "tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat daripada buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun nipah bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit pokok bemban untuk mengikatnya. Pada masa kini, kerana sukar untuk mendapatkan bahan tersebut tali plastik atau nilon digunakan bagi menyemat atap.
Setiap atap nipah biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi. Bagi menambahkan ketahanan daun nipah yang akan dijadikan atap, daun nipah perlu direndam di dalam air sungai selama sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu sebelum disusun untuk dijadikan atap.
Atap nipah memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting Tetapi ia perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses. Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakn kos penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.
Tapi sekarang amat sukar untuk menemui atap nipah.....kalau ade pun semestinya mahal.mommy pernah merasa masa kat kg dulu rumah menggunakan atap nipah ni, mmg sejuk....tapi sekarang kebanyakn rumah kat kg pun dah tak menggunakan atap ni lagi......ade juga kat kg orang2 tua jual atap ni, tapi..mahal mengalahkan harga atap zink lak.
5 comments:
x penah sy rasa duk bwh atap nipah..selamat hari ibu mommy..
salam perkenalan n selamat hari2 ibu....
mahal sebab dah susah org nk dapat tu
Salam ziarah.
Selamat menyambut hari ibu.
pi cameron ari tue, tgk rumah org asli mmg byk yg beratapkan nipah lg huhuhhhhh
Post a Comment