...keindahan itu ada pada kehidupan bila kau terjatuh, tika tersembam di lopak tersungkur di bonggol
Tuesday, March 26, 2013
kehilangan.....
Bilamana kita di datangi sebuah kehilangan, tika itu semua masa lalu terbayang....segala-galanya.Bukan di jemput sebuah layar mmembentang di depan mata, tapi itulah lumrah...bile kita berhadapan dengan sebuah kehilangan.
Imbauan kembali memori lalu...menyingkap semua yg pahit-pahit sahaja, terlalu sedikit yg manis..yg boleh di bawa tika leka.Kenapa pemahat memori ini begitu tidak menyayangi kami-kami ini, entah ape silap entah mana terguris kami dipinggir sedemikian rupa.Bukan salah dia...tidak jugak salah sesiapa mungkin ini ada hikmah untuk memperbetul kesilapan kita masa ini untuk masa akan datang...jgn tika kehilangan kita nanti tiada siapa yang akan terasa.
Redho dengan apa yg terjadi....aku hadir bukan untuk mengikis harta kalian, tidak sesekali.Aku hadir berpaut tangan dengan saudara kalian itu telah di taqdirkan. Hormatilah sesama kita ..biar berbeza harta tp pastikan kita berbaik sahaja.
Dan kehilangan ini..aku tak terasa sebuah kehilangan kerana aku telah lama dalam kehilangan, n buat abang, ibu tahu apa yg abang alami..dari riak muka abang ibu tahu abang juga telah lama dalam kehilangan biarpun semalam kita telah kehilangan yang sebenar-benar hilang~ hilang di mata tapi di hati ada memori walau sedikit yg indah ....
Monday, March 18, 2013
Berakhir sudah minggu `membizi`
Berakhir sudah acara besar dalam family ibrahim.....perkahwinan anak saudara perempuan, dalam keluarga ibrahim&Baayah....cucu perempuan tak ramai, 6 orang je berbanding cucu jejaka~heee. Ina merupakan cucu perempuan yg ke 2....ina sempena nama timangan yg di berikan oleh atuk...emak temanlah kan..heheh.nama sebenar nya FATIMAHTUZAHRA BTE ARIFIN...bertemu jodoh dengan jejaka melaka~ mOHD SAIFUL ARiFFIN~alhamdulillah..majlis telah selamat.Banyak kebetulan dalam pertemuan jodoh mereka berdua..selain nama bapa yg sama...
ni majlis kat sebelah lelaki....tema merah~ meriah sangat.
ni pulak majlis kat perak~ sebelah perempuan, tema orange plus.
ini pulak saat akad nikah~ sebak sangat, anak saudara dah jadi isteri orang....semoga bahagia hingga jannah....


Wednesday, March 6, 2013
perwira
walau jauh dimata...
dihati risau melanda
terkenang saudara nun jauh disana
teringat saudara mengalas senjata mmpertahan negara...
walau kamu siapa...
airmata ini sudah menitis hiba
melihat isteri
melihat anak
melihat ibu
melihat ayah
melihat semua yg kaku tiba
YA ALLAH...tak terungkap dgn kata
tak tergambar dek rasa
bila bencana di kata sandiwara pula
kalo api sudah marak menyala
kalo air sudah bah merata
perwiraku...
terima kasih....
terima kasih...
terima kasih...
selain doa moga kalian selamat..amin
Subscribe to:
Posts (Atom)