
...keindahan itu ada pada kehidupan bila kau terjatuh, tika tersembam di lopak tersungkur di bonggol
Thursday, April 28, 2011
susur mommy 2

susur mommy 1
First Time
salam mommy...mimie nk gtau yg mommy da mng contest mimie tp mimie xleh nk wt entry lg..tahniah yer...sory lmbt ckit...huhu..bz sgt2...-kategori lawak
- 2011-04-23 9:10 PM
- #
- harap2 lepas ni berduyun rezeki menang tersepuk kat riba mommy yang montoppppp ni......tak cukup riba, umah 9 tingkat mommy tadahkan~
Wednesday, April 27, 2011
RCW(rozita cik wan) `ikon` emak zaman sekarang

Rozita Che Wan oh Rozita Che Wan!
Artis jelita yang meletup-letup di persada hiburan, Ms. Rozita Che Wan kita ni nampaknya marah sungguh dengan MRSM Kuantan. Tiba-tiba aja nama MRSM Kuantan melonjak ke nombor 1 carta Sekolah Paling Ganas di Malaysia. Bermula dengan luahan perasaan kat dalam Pancaindera sehinggalah merebak-rebak ke blog-blog serata ruang maya, cerita anak Cik Rozita yang manis lemak berkrim ni, meletup-letup diperkatakan. Radio Era dan Hot FM pun tolong jugak quote cerita ini untuk mengisi slot pagi masing-masing. Maklumlah lebih hangat dari biasa katakan.... Tak ramai anak artis masuk MRSM kannn.... Habis tu kalau time ni tak diwar-warkan nanti orang tak tau lah plak anak kita pun pandai gak macam anak org.
Berikut ialah cerita versi Cik Rozita yang telah diquote oleh sebuah portal hiburan di internet:
Kita baca dulu apa Cik Rozita nak kata yer...
Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan. Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.
Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.
“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.
“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.
“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.
“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.
“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.
FAKTA TERPESONG
Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam. Tuan punya cerita jer yang tahu. So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan.
Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain
Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.
Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.
Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,
Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.
Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.
MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.
Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya. "It takes the whole village to raise a child".
Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.
Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi ":mangsa buli" sebuah MRSM!
Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....
sumber~http://mrsm-kuantan.blogspot.com/2011/04/rozita-che-wan-oh-rozita-che-wan.html#comment-form
Tuesday, April 26, 2011
KELAMBU
Kelambu merupakan peralatan tidur yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kelambu merupakan kain kasa (kain berlubang halus-halus) yang dipasang menyelubungi tempat tidur. Ia digunakan bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk. Terdapat beberapa jenis bentuk kelambu, iaitu bulat, tiga segi dan segi empat. Kelambu segi empat dipasang pada katil yang mana ia akan diluruh pada waktu malam dan akan dikuak pada waktu siang. Terdapat juga kelambu segi empat yang hanya digantung pada empat penjuru paku yang dilekatkan pada dinding rumah dengan menggunakan tali. Apabila hari siang kelambu ini akan ditanggal daripada ikatan dan dilipat supaya tempat tidur kelihatan lebih kemas. Kelambu jenis ini kini telah siap dijahit dan boleh diperolehi daripada kedai-kedai menjual pakaian.
Bagi golongan bangsawan, kelambu yang digunakan terdiri daripada kain kasa yang berwarna warni dan mempunyai corak yang lebih menarik. Rekaan kelambu pula berbagai jenis dengan ropol, sulaman dan hiasan yang menarik. Terdapat juga hiasan pada tepi atau sisi kelambu terutama pada bahagian atas kelambu dihiasi dengan motif hasil seni tangan seperti kaitan menggunakan satu jarum. Kelambu golongan ini sentiasa kemas dikenakan pada katil besi dan kayu dengan pelbagai rekaan yang menarik. Kelambu jenis ini biasanya dijahit sendiri atau oleh tukang jahit dengan rekabentuk dengan jenis ropol dan hiasan mengikut citarasa sendiri atau mengikut kreativiti tukang jahit.
Masyarakat desa akan menyediakan kelambu daripada kain kasa yang berwarna-warni dengan corak dan hiasan seperti ropol, renda dan bunga-bungaan bagi kelambu pengantin. Kelambu ini akan dikenakan pada katil besi atau kayu yang lebih mudah rekaannya. Peredaran masa dan zaman telah mengubah konsep kelambu yang terdahulu kepada ciptaan dan rekaan baru dan tidak lagi memerlukan tiang katil untuk memasangnya. Ia boleh digantung melalui bingkai khas yang disediakan samada bentuk bulat atau segi empat. Bingkai ini disediakan dengan railing di mana kain kelambu boleh dipasang atau disangkut kepada cincin yang membolehkan ia digerakkan ke arah yang dikehendaki di sekeliling bingkai.
~korang pernah tak merasa menggunakan kelambu ni..mommy pernah kecik2 dulu, tapi sekarang tak lagi ..lau guna mesti lemas semacam jer kan~heee.Tapi pemandangan berkelambu ni masih lagi terdapat di kg2 yang di gunakan oleh orang tua2...dan di bilik2 pengantin,,,di situ terdapat kelambu cantik~ almaklum laaaa~ kelambu raja..walau pun sekadar sehari..hiasan harus la meletoppppp~
Monday, April 25, 2011
Macam-macam ada

Salam menyalam kite meyh......pe kabo yong, yoeb...kakngah~heee, cam pegi umah kenduri lak ye.Alahai kat mane pun kite, kena praktis kan tu semua..walau sekadar sebaris ayat..tapi otak kite cepat mengaplikasikan ape yang tertulis..tak gitu????...heee.
Friday, April 22, 2011
Nasi Lemak
Wednesday, April 20, 2011
Benar
Sunday, April 17, 2011
Kehepian Berganda~
Kehepian melanda berganda menyerang dada~huuuu...hati ler, ati mommy berbunga2 riang..menyanyi girang~lalalalalala.....ni semua kerana anakanda kay_are melukis gambo mommy....cute jer mommy kena lukis gitu...hahahaha~ ombak perasan menyerang mommy...tahap tinggi KLCC ko!!!!.Jangan la jeling mommy gitu...uhuk2~ mommy tau la mommy bukan cantik, bukan remaja lagi....tapi tak slah kan kan ..memuji diri sendiri, tanda menghargai diri tau...tak kan nak harapkan pujian orang.TQ KR.

Saturday, April 16, 2011
Penyamun Tarbuzsh~
Tajuk tu, ce tengukkkk~ bebulu beruk betui si pncuri..pantang tenguk, nak je mengebas...sekali kena libas baru tau.Kesian en.somi...semalam baru jer sambut hari lahir, tup2 hari ni ilang motor...bermuka kelat balik dengan komuter.Nak gelak pun ade gak..orang lain befday dapat adiah, yg en somi ilang barang yg berharga.Walaupun tu moto syarikat....tapi sayang gak la.Tak ler berani nak senyum depan2..nak kena smash buat la~ohhhh! tidak..hee.
ni la jenis motor nya...pic ehsan atuk google |
Giveaway Ujang9897
![]() |
jenguk sini kalau berminat nak join |
~ musim berkontezz di teruskan lagi ..huhu~ kali di tag dengan tegas lagi cun oleh puan kutu@muni..haippppp!!!! menurut perintah puan~heee..udah cam askar pencen lak mommy ni.
~ sonang yo nak join..syarat tak banyak hadiah lak lumayan..mai la beramai2 join meriahkan GA ujang neh...tenguk pembuka kata si ujang neh mmg kelako...tah sepupu sepapt ujang kartun kot...face udah iras2 kehemseman yg terserlah~heee..aippp..bukan ayat bodek,ngampu sikit jer.OK2 usah panjang story,,, join mai.
~pic tak wajib kan jadi..tak yah la letak~heee.
~ kena tag 2 orang ye...sape yang kena,,,jeng3!!!!!!
jannah@mommyyuyu
ayung
selamat ....selamat dah.
![]() |
kek di taja oleh...Boss En somi~hee..tq DAtuk Manan Amir. |
![]() |
abaikan jer..kiri kanan pic tu..tenguk en somi tak nyempat nak potng kek~ cam bebudak kan. |
![]() |
kek hari jadi en somi |
tu jer la...sebenarnya, tak plan nak sambut pun...sbb kek kat umah mommy tak bape nak jalan nak ronda2 lam tekak n perut...tapi olehkerana rezeki udah datang bergolek2..kek sponsor dari boss en somi...maka di potonglah kek tu...
Friday, April 15, 2011
BEEHA BEN : ETUDE HOUSE CONTEST
![]() |
jenguk sini untuk join~ |
kepada sesiapa yang berminat..di alu2kan menjoinkan jari...sila2...secara tak langsung mommy tag tau.
“CONTEST TEKA UMUR SI COMEL“.
http://syaisya.com/2011/04/contest-teka-umur-sumayyah-oleh-syaisya-com.html |
~mommy teka...emmmm~7bulan.
mommy tag:cikbetty,atiey@mummydanny dan nur
Kemas....
Dalam 2 3 4...hari ni mungkin mommy kan mengemas kini..semua yang ade dalam blog buruk mommy ni..maafkan mommy jika mommy kebizian saat itu.. dan juga maafkan mommy jika sesutu yang hilang nanti mengecikkan hati kamu, kamu...n kamu.Mommy hanya manusia biasa....manusia kerdil dalam dunia blog, tapi manusia beso dlam realiti~ ye la bebadan beso..hehehe.
Kamu...kamu ..kamu semua tetap di hati mommy....
Thursday, April 14, 2011
Buat Yang Tersayang(en somi)
Hepy befday En Somi~
Terus jum kite meloncat pi kat tajuk tu... 15hb ni ari lahir en somi mommy nan tersinta~ lebiu2 abang...gedixz dah mai dengan lenggang tongeknya~heee.En mat tan salleh bin saidun ni~haaaa..tu la name penuh en somi mommy, selalu jer silap ...setenggah orang tulis mat tan bin salleh, ishy2..memandai jer depa kan...pancung baru tau!!!~ pancung pensel ler.Tu belum campur nama anak lagi...neh2 mommy kasi contoh;
muhammad shazmel hafiz bin mat tan salleh
tu dia na~ panjang bejelat...lau tulis kat buku sekolah sah2 tak muat..kena sambung bawah lagi...
Sempena hari jadi abang kan kan.....korang part ni pejam mate tau, nak lomentik2 sikit~ehemmm2...budak2 bawah umuq kena pejam mate, tutp telinga na....~keh2
sayang abang sangat2...biar pun ibu selalu jer merajuk2 ngan abang, tapi ibu sayang abang...ibu suruh abang pujuk sebenonya.Tapi abang selalu tak pujuk...geram ibu tau, abang kate ti letih la abang anak nak pujuk...ibu pun abang nak pujuk.Ibu tak kira..ibu nak merajuk gak...abang tak tahan kan, abang rindu leteran ibu kan~ ibu tau..mane tahan satu hari abang tak dengar `hotfm` ibu di setiap pagi~ abang pujuk ibu...tak susah pun pujuk ibu ni....tak payah bawak ke habib jewel ker ke poh kong ker... cukup sekadar abang...muahhhhhh2 ibu di setia celik mate abang.Sekali lagi ibu mau bilang..... satu dua tiga..biar beribu sekali pun berjuta....ABANG LAH SELAMANYA DI HATI IBU~luv u abang.
Wednesday, April 13, 2011
Arah
di atas jauh menyayup
ke bawah terlalu menyusup
jadi......
haluan tengah arahkan hati
bukan tidak mengenang budi
budi kalian ku bawa semadi
bukan tidak berterima kasih
kasih kalian tak tersisih..
jangan nanti bila kita terduduk..tersepuk!!!!
ramai bertepuk...
walau ke kanan
walau ke kiri
bahasa itu pekerti...
agama itu di anuti...
tunduk bila bicara
lembut bila berkata
huruf tak bertabur
hati tak tersungkur
niat termakbul....
Tuesday, April 12, 2011
seloka semasa
Monday, April 11, 2011
Berisnin kita~
Semalam kul 7 ptg mommy dah terconggok semula kat pj ni~ rehat2 jap, en somi lak ade meting...n mommy,mommy di wajibkan hadir~ heeee, isteri kan tunjang pengerak suami....cewahhhhhh2.... bermotivit lak mommy ni kan~ sekali sekala....dua kala panjang berdepa.
Nengok abang mommy yang tak sehat tu....pada yang mendoakan, terima kaseh.Biasalah perokok n pedegil yang tegar..penyakit senang nak bermanja2.Semoga chik cepat sembuh...orang sayang achik sebenonya...~ngeee.Dalam skit2 tu...sempat gak suapkan mommy buah epal..yg di patahnya 2..sekerat die makan sekerat lagi suapkan mommy~ tebalik kord lak...orang sakit suapkan mommy~ sweet sgt2 mommy suka di manja gitu......~hahahaha...gedixzzzz dah maiiiii, sila jeling kiranya meluat melanda mate anda.
Hari ni... senin, bermula entry.....salam sayang buat semua anak2..teman2 mommy, musuh tak dak na~
Saturday, April 9, 2011
Balik Kampung Lagi
papai semua bertemu lagi di hari senin.....
ikutkan ati mommy malas...tapi en somi kate muktamad, kena la ikut..ni semua sal entry angin mommy pagi tadi~ tak slah beralahkan....sape sokong mommy~ angkat tangan cam usop wicha....
kite minum dulu~hee
Mai2 kite minum dulu...minum ayo sejuk2 cam kate chepah...minum ais limau. bio pun masam2 tapi menyejuk kat dlam ni yang tengah mengelodak.mommy pun bukan sesaja ...lenggang2 kangkung nak marah2 ni, besebab n berfakta..lau bawak kat balai, mesti polis tu pun marah same~ lau bawak kat bomba~ heee naya mommy kena sembuq ngan ayaq..tanak2!!!! mommy nak usung pi kat ospital...samaade mommy di hingapi oleh darah yang tinggi~ cepat no nak marah nya kan.Bio ler mommy rahasie kan sebab n sorok kan musababnya ye.....maleh le mommy nak open2 pekung sendiri~ dah la busuk ti ramai yg tutup idung yang mancung tu~heeeee..nanti face mommy nak sorok kat mana..bawah meja? sah2 tak muat...dalam laci? lagi le....
Yang baik ari mommy jadi kan ikutan....yang tak bape nak baik, bace jer...lepas tu jadikan sempadan.
ade sedara dgn entry ke pic neh???~hee |
pernah tak???
pernah tak??? akak ipar korang jeleskan korang dengan abang sendiri
pernah tak??? akak ipar korang tulis kat buku tulis korang tentang bekas2 pakwe die n menyesal kawen dengan abang korang.
pernah tak??? akak ipar korang, tipu suaminya(abang korang la) ..kasi duit kat emak sekian2 tapi sampai kat emak lain
pernah tak???akak ipar korang...memburuk2kan abang korang bila terjadi selisih faham kat kenalan n saudara mara korang.
pernah tak??? akak ipar korang lembut lidah dari gigi~
pernah tak akak ipar AKU YANG SORANG TU SEDAR...yang sekarang die berpijak di kampung aku..bukan kg die.seisi kg ni saudara2 aku!!!!!
apa mahuku
Thursday, April 7, 2011
Rojak
Mommy bukan nak cerita sal menu,Abeh tu tajuk atas????Oooo~ tu?Rojak? rojak kat entry mommy kali ni bukan makanan..tapi cerita rojak2 dari mommy.Mommy ni name jer dah beso panjang..anak berkajang2~heee, tapi dalam hati mantain ade taman...taman bunga ros n rama2 kiut.Ishhhh2 tak sedo diri mommy ni!!!!! bio la~hahaha...ade mommy kesah>Tamo baca, tutup telinga....open mate, katup mulut~ baca je lam ati.Ade loya2....tahan dulu, abehkan baca~hehehe.
Mommy suke...sejak azali kot, patung kecik2~ comel sangat, beso2 tak la..
![]() |
comey dak? |
Tuesday, April 5, 2011
Susur hari ahad...
Saja jer nak tayang sikit jer lagi pic ..semalam kat kolam ayo sejuk, kali ni jalan2 kat kolam ayo paneh..tapi tak ler berenang kat kolam tu...dah la cuaca paneh bedegung, mau meletup lak nanti~ cume part rendam2 kaki jer....
![]() |
adik n ayang... |
![]() |
ayang nak rebus telur kat bawah tu~ 6minit jer dah masak |
![]() |
kite orang punya yang tenggah tu~ 10 biji... |
![]() |
ni lak tempat letak2 kaki kat batuan kecil2....plus air panas.. |
![]() |
ni la batuan tu...tak larat mommy...dah le tajam, panas lak..byk penyakit kot ~hee |
![]() |
e`elleh mamat ayang ni tunjuk terror jalan atas batu tu |
Monday, April 4, 2011
Ooo yeahhhh!!!! Balik Kampung.
Mommy balik umah akk kat sungkai aje..kan musim durian, walaupun mommy bukanlah panatik raja buah tu, sekadar seulas dua jadi lah..ti kate lupa daratan lak, tak makan buah tempatan~hee.
Abaikan aje buah durian tu, bukan sedap sangat pun....busuk baunya~hee.
![]() |
durian perak~hee |
![]() |
Tambah kapsyen |
![]() |
adik |

![]() |
main pun tempat bebudak~ |
![]() |
haha~ ni tempat urutan air~ sedap jer..abaikan orang kiri tu..tak sangkut paut yang kanan tu ade la~ my akk. |
![]() |
hamboi2~ seronok bebeno ye~hee |
![]() |
aksi adik meluncur |
![]() |
melayan dak ngengade ni~hee |