Tuesday, March 26, 2013

kehilangan.....

Bilamana kita di datangi sebuah kehilangan, tika itu semua masa lalu terbayang....segala-galanya.Bukan di jemput sebuah layar mmembentang di depan mata, tapi itulah lumrah...bile kita berhadapan dengan sebuah kehilangan. Imbauan kembali memori lalu...menyingkap semua yg pahit-pahit sahaja, terlalu sedikit yg manis..yg boleh di bawa tika leka.Kenapa pemahat memori ini begitu tidak menyayangi kami-kami ini, entah ape silap entah mana terguris kami dipinggir sedemikian rupa.Bukan salah dia...tidak jugak salah sesiapa mungkin ini ada hikmah untuk memperbetul kesilapan kita masa ini untuk masa akan datang...jgn tika kehilangan kita nanti tiada siapa yang akan terasa. Redho dengan apa yg terjadi....aku hadir bukan untuk mengikis harta kalian, tidak sesekali.Aku hadir berpaut tangan dengan saudara kalian itu telah di taqdirkan. Hormatilah sesama kita ..biar berbeza harta tp pastikan kita berbaik sahaja. Dan kehilangan ini..aku tak terasa sebuah kehilangan kerana aku telah lama dalam kehilangan, n buat abang, ibu tahu apa yg abang alami..dari riak muka abang ibu tahu abang juga telah lama dalam kehilangan biarpun semalam kita telah kehilangan yang sebenar-benar hilang~ hilang di mata tapi di hati ada memori walau sedikit yg indah ....

No comments: