Saturday, May 7, 2011

Tikar Mengkuang/Pandan


Daun-daun pandan atau mengkuang yang cukup tua dipotong dari batang pokoknya sehelai demi sehelai. Kemudian pangkalnya diratakan dan hujungnya dipotong sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara sehingga layu dan dibuang tulang belakang dan durinya dengan alat yang dipanggil jangka. Cara anyaman tikar mempunyai pelbagai corak dan motif. Diantaranya adalah dikenali sebagai kelarai. Semua jenis kelarai adalah berunsurkan alam semulajadi iaitu seperti tumbuh-tumbuhan, bunga, fauna dan sebagainya.

Unsur-unsur tumbuhan seperti akar, pucuk rebung dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang) selalu digunakan. Daripada unsur bunga pula ia menggunakan motif bunga tanjung, bunga melur dan bunga durian. Unsur-unsur fauna pula ada motif berbentuk anak ikan, kepala gajah, tulang ikan dan mata punai. Akhir sekali, bentuk bebas dengan motif seperti kelarai belah ketupat, kelarai beras patah dan kelarai madu manis.

Tikar mengkuang yang lebar bilah anyamannya (tikar bangkar) biasanya diperlakukan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran, melapik punggung di dangau dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berbanding dengan tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak menarik dan berwarna-warni.

Pada kebiasaannya, tikar mengkuang/pandan yang dianyam berwarna-warni akan diletakkan di dalam bilik tidur kerana ia menyerlahkan lagi kecantikkan bilik tersebut.

info~http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/pengenalan_alat_tradisional.htm
tikar mengkuang
tikar mengkuang
tikar pandan
tikar pandan

10 comments:

Granny Hani said...

tak mampu beli dah tikar ni sekarang, mahal sangat.

halila Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
halila Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
halila Ibrahim said...

dolu - dulo tikaq ni murah jer.. tp sekarang mahal ooo..

azi nur said...

eh tikar asli mengkuang susah nak dapat...nak nak kaler pink asik abes je..hehhehee

shahrilhakime said...

ini le bende yang awok mule2 nak beli bile pindah ghumah nanti... bukan ape...awok memang minat dengan tiko mengkuang niii....takat tiko buloh yang pemes sekaghang ni senang nak dapat...tiko mengkuang udah payahh

Unknown said...

hani~yup....nak cari orang mengayam pun payah...

Unknown said...

halilah~dulu arwah emak mommy pandai anyam...tapi mommy tak belajar, rugi rasanya

Unknown said...

azi~ tikau pun nak wane pink..hee

Unknown said...

d08~ impian tu..arap2 tercapai...letak kat anjung rumah..nmpak klasik je kan