Saturday, May 7, 2011

Dapur

dapur kayu.

Dapur kayu dibuat berbentuk kotak empat persegi bertiang paras pinggang dan diisi dengan tanah liat atau pasir. Palang-palang besi dengan disokong oleh batu-bata di bahagian kiri kanan dapur berfungsi sebagai tungku dan tempat meletakkan periuk semasa memasak. Kayu api pula biasanya diletakkan di bahagian bawah dapur untuk keperluan semasa memasak Apabila api dapur mulai malap, buluh digunakan untuk meniup bara api untuk memarakkan api.


dapur minyak tanah.

Dapur jenis ini pula mengguna minyak tanah, dulu di kampung..mommy panggil minyak geh~heee. Tak pulak di ketahui asal usul pangilan tu....sampai sekarang, masih lagi dengan panggilan tu.Dengan minyak tanah ni la menghidupkan dapur tersebut.Jenama paling popular `butterfly`.



Kedua2 dapur ni pernah mommy rasa sewaktu kecik2 dulu.....masak nasi menggunakan dapur kayu lagi sedap tau, tang kerak nasi..makan dengan kari~fuhhhhhh memang terbaiiiiiik.Tapi orang2 tua banyak pantang larangnya...tak elok makan `kerak nasi` nanti pemalas.......tak tau lah kesahihan fakta tersebut,kaitan antara kerak nasi dengan sifat malas.





6 comments:

Adinda Amy Sensei said...

bnyk jenis dapur ade kannnn.....punya memori tersendiri...

puanbee said...

dulu2 punya hehe..mommy apa dah jd theme blog nih ? ishish

Unknown said...

amy~ yup memori terindah dalam kamus idup kan amy

Unknown said...

bee~ apa yang tak kena lagi bee....

Acik Erna said...

Mommylavender..akak dulu guna yang dapur kayu tu..arwah bapak tak mau guna dapur minyak tanah..berbau katanya..

Unknown said...

betul tu ...masak guna dapur kayu lagi ori kan